Monday, February 6, 2012

Pemimpin Jangan Sibuk Penuhkan Poket Sendiri!!!


Kemiskinan ummah akan menjadi lebih buruk jika barisan pemimpin lebih mengutamakan agenda untuk membina kekayaan peribadi, keluarga dan kelompok, titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Baginda bertitah kekayaan material yang diperolehi secara mendadak lagi mencurigakan akan melahirkan individu kaya yang 'artificial' dan sementara.

"Kekayaan material sedemikian tanpa dilengkapi kekayaan minda, intelek, ilmudan rohani merupakan kekayaan palsu yang sekadar melahirkan budaya bermewah-mewah, bermegah-megah dan banyak melakukan pembaziran.

"Lalu berlaku ketirisan sumber, pembangunan yang tempang, kadar pengangguran, penghijrahan, penyeludupan dan jenayah yang tinggi dituruti pula dengan pelbagai penyakit sosial," titah baginda semasa merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di perkarangan Masjid Raudhatul Mardhiah di sini, hari ini.

Sultan Azlan bertitah perkara itu akhirnya akan menjejaskan ketenteraman awam selain menggugat kestabilan politik serta meningkatkan perbelanjaan keselamatan dan pertahanan negara.

"Akibatnya ummah akan bertambah derita kerana telah terperangkap dalamputaran ganas kemiskinan," titah baginda.

Sultan Azlan bertitah setiap usaha untuk membina kekayaan ummah perlu dilaksanakan berasaskan saluran yang halal dengan bersandarkan formula kesaksamaan bagi memastikan kesejahteraan ummah secara menyeluruh.

Baginda bertitah perkara itu perlu dilakukan dengan tidak mengizinkan perlakuan yang mendorong berlakunya kekayaan secara mendadak hingga menyisihkan undang-undang serta dibolot oleh segelintir individu yang tamak.

Kesejahteraan sesuatu bangsa dan sebuah negara amat dipengaruhi oleh sifatdan akal bicara seseorang pemimpin, titah baginda.

Baginda bertitah ulama besar, umara yang berwibawa dan peniaga yang jujur akan lahir dalam negara yang pemimpinnya memiliki sifat takwa serta menghayati kebesaran Ilahi.

"Jika pemimpin sentiasa insaf akan tanggungjawab besarnya pada ummah dannegara serta insaf akan tanggungjawab lebih besar terhadap Allah, maka sejahteralah hidup ummah dan akan makmurlah negara.

"Khazanah negara akan diurus secara telus, sumber negara akan diagih secara saksama dan kekayaan negara tidak akan dibazirkan. Kepentingan majoriti ummah akan lebih diutamakan," titah baginda.

Baginda bertitah pemimpin yang bertanggungjawab tidak akan mengizinkanberlakunya pemusatan himpunan kekayaan secara melampau di kalangan kumpulankecil tertentu hingga mengakibatkan menjelmanya secara mendadak individu yang terlalu kaya bagai pulau-pulau kecil yang terapung di tengah-tengah lautankemiskinan.

Oleh itu, Sultan Azlan bertitah adalah penting bagi umat Islam hari inimengembalikan keluhuran kepimpinan seperti yang dianjurkan oleh RasulullahS.A.W.

"Pemerintahan Baginda (Rasulullah) teguh berpegang kepada hukum, menegur setiap kesalahan, mencegah setiap kemungkaran walaupun ia melibatkan saudara, anggota keluarga atau sahabat terdekat.

Baginda bertitah Rasulullah S.A.W. tidak terpesona dengan kemewahan dunia jauh sekali tergoda untuk membina kekayaan diri dan kekayaan keluarga.Berangkat hadir Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim, Raja Di Hilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. - Bernama


GR kata: Pemimpin yang sibuk kayakan diri sendiri sudah tidak relevan, jangan biarkan rakyat miskin....

No comments:

Artikel pelbagai