Wednesday, February 8, 2012

CERITA PANAS: Beberapa Pemimpin PAS Nak Keluar Parti???


Cerita PANAS dari sumber dalaman PAS, sekurang-kurangnya seorang pemimpin PAS akan menyatakan hasrat untuk keluar dari parti PAS kerana sudah tidak yakin dengan hala tuju PAS dalam perjuangan politik mereka yang sebenar.

Berita ini sudah mula tersebar dari mulut-mulut puak PAS sendiri, sembang-sembang di kedai kopi mahu pun melalui SMS.

Sumber dalaman PAS juga turut menyatakan tiga nama besar dalam kepimpinan PAS yang akan meninggalkan parti tersebut kerana sudah tidak yakin dengan pentadbiran PAS yang semakin bercelaru sekarang ini. Dan yang lebih penting mereka sudah tidak 'sebulu' kerana ada pihak lain yang turut campur tangan dalam sistem pengurusan PAS pusat.

Nama 3 pemimpin PAS tersebut ialah:
  1. Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)
  2. Ustaz Nasharuddin Mat Isa (bekas Timb. Presiden PAS)
  3. Datuk Seri Azizan Abdul Razak (MB Kedah)
Adakah desas-desus ini benar...??? Kita tunggu dan lihat saja nanti. Ianya bakal mengemparkan senario politik negara.

Rujuk di sini


GR kata: Kalau dah tak boleh tu...hentikan jelaaaa, jangan dipaksa lagi!!!

No comments:

Artikel pelbagai