Wednesday, February 8, 2012

Artis AF Peluk Anjing Mohon Maaf !!!



Penyanyi Adira (AF8) mengakui kesilapannya kerana memeluk seekor anjing seperti mana tersebarnya sekeping gambar yang dipaparkan di beberapa laman blog hiburan.

Mengulas mengenai perkara itu, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata anjing yang dipeluk itu bukan miliknya tetapi kepunyaan ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah.

“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya.


“Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam.

“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,” katanya kepada mStar Online.


GR kata: Baguslah sedar dengan kesilapan sendiri..tapi ada sorang pemimpin Pakatan Haprak tu jenis yang tak sedar diri camne ek?? Hi hi hi

1 comment:

Anonymous said...

peluk /pegang anjing pun jika kering sama kering , maknanya anjing kering dan kita juga kering , tak ada apa pun , tak perlu samak kecuali jika kita was2...

tapi jika salah satu pihak basah , samada kita yg basah atau anjing itu yg basah oleh sesuatu yg membasahkan , maka wajib kena samak , samak iaitu cuci dengan air sebanyak 7 kali , salah satunya hendaklah dengan air bercampur tanah , hanya itu !

pegang anjing bukan dosa besar tak terampun , dalam polis dan tentera ramai umat islam yg pegang dan bela anjing ,

masalahnya orang melayu ni terlalu fanatik dengan haramnya pegang anjing , lebih haram pegang anjing daripada minum arak atau buang bayi dalam sampah ,

Artikel pelbagai