Monday, November 21, 2011

TERKINI: BN - PILIHAN ORANG MUDA!??


Semalam telah diadakan satu perjumpaan tertutup antara Presiden UMNO dengan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia di PWTC..Amanat penting dan rahsia telah disampaikan oleh YAB PM kepada golongan generasi muda yang terdiri daripada pemimpin diperingkat UMNO bahagian dan cawangan di seluruh Malaysia.

Disamping itu juga, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia telah melancarkan logo baru dengan tagline 'BN Pilihan Orang Muda'... Logo ini difahamkan akan menjadi platform kepada BN untuk menarik lebih ramai generasi muda untuk menyokong BN...

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan slogan baru Barisan Nasional (BN), khusus untuk menarik sokongan golongan muda terhadap perjuangan parti itu terutamanya UMNO iaitu BN Pilihan Orang Muda.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, slogan itu dilancarkan Presiden UMNO sejurus selepas menyampaikan amanat kepada pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO pada Majlis Amanat Presiden Kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

"Presiden telah melancarkan slogan baru untuk generasi muda, jadi semua gerak kerja kita akan tertumpu kepada slogan tersebut. Identiti itu akan menjadi teras kepada apa yang kita lakukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis amanat itu.

Khairy berkata, slogan yang menjadi laungan BN sebelum ini iaitu Undilah Barisan Nasional disegarkan semula dengan slogan terbaru bagi generasi muda itu.

"Sekarang kita segarkan semula (slogan) dan kita tunjukkan bahawa orang muda ada pilihan. Kita harap selepas apa yang mereka lihat, kita lakukan, pilihan mereka adalah BN," katanya.

Menyentuh mengenai amanat Presiden UMNO, Khairy berkata, ia mendapat sambutan baik dihadiri oleh kira-kira 3,000 wakil iaitu yang terdiri daripada kepimpinan lima tertinggi di setiap bahagian Pemuda dan Puteri di seluruh negara.

Sumber: Utusan


p/s: TAHNIAH BN!!!

No comments:

Artikel pelbagai