Tuesday, November 22, 2011

TAHNIAH HARIMAU MUDA! TAHNIAH MALAYSIA!!!

Harimau Malaya berjaya mempertahankan pingat emas

JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA, 'IBU’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.

Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka dikaca televisyen malam tadi.


Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan dan kita bangkit semula hingga menjadi JUARA sekali gus membuatkan lebih kurang 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam. Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.

Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga. Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar menyempurnakan sepakan penalti yang ke-5 sekali gus pasukan Harimau Muda menjadi JUARA.


Gambar di atas suasana di LCCT jam 3.00 pagi, peminat dan penyokong pasukan Harimau Muda menanti dan menyambut kepulang Wira negara kita. Kepulangan mereka disambut oleh Timb Menteri Belia dan Sukan YB. Dato' Razali Ibrahim bersama penyokong dan peminat bola sepak negara..

p/s: Harimau Muda memang TERBAIK!!! SYABAS dan TAHNIAH!!

No comments:

Artikel pelbagai