Wednesday, November 23, 2011

PANAS: MUSUH KETAT DAP...UMNO??


Baru-baru ini Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon membuat pengumuman tidak akan bertanding dalam PRU 13 nanti. Beliau pelbagai desakan dari dalam dan luar Parti Gerakan supaya beliau bertanggungjawab atas kekalahan pd PRU 12. Malah bekas Presiden Tun Lim Keng Yeik pernah membidas Koh Tsu Koon..

Pembaca lihatlah di atas kenyataan Chauvinis DAP memang terkenal dengan mulut dan hati busuk. Mereka yang menentang parti Gerakan hingga tersungkur di Penang tetap memfitnah UMNO sebagai punca keputusan Tsu Koon utk tidak bertanding.

Kenapa UMNO parti melayu dianggap musuh ketat DAP? Anda ada jawapannya?

Sinhchew Daily News m/ 0914 November 2011 (Isnin)

Ancaman Pengerusi BN Pulau Pinang Tidak KuatMusuh Ketat Sebenar Ialah UMNO: Chow Kon Yeow

13hb Pulau Pinang, pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow bertanggapan, tidak kira siapa sahaja sama ada Teng Chang Yew ataupun Ong Thean Lye yang menjawat jawatan pengerusi BN di Pulau Pinang, ia tidak menjejaskan DAP, ia hanya akan menjejaskan kedudukan dan penyusunan DAP di negeri Pulau Pinang.
Chow berkata, yang menerajui BN ialah UMNO, musuh ketat dan musuh lama DAP ialah UMNO.

Beliau sambil tersenyum berkata, jika Teng Chang Yeow menjawat jawatan pengerusi BN di Pulau Pinang, kawasan yang pertama yang akan terjejas dan perlu ada rombakan ialah kawasan kerusi Parlimen Tanjung dan kawasan kerusi DUN Padang Kota.

Dikatakan sebelum PRU 2008 Teng Chang Yeow calon kerusi DUN di Padang Kota, pada PRU 2008 beliau dilantik semula di kawasan itu tetapi dikalahkan oleh Chow Kon Yeow, dengan itu Chow Kon Yeow telah bertahan selama 2 penggal di kerusi Parlimen Tanjung, sebab itu Chow tidak menafikan jika Teng Chang Yeow menjadi pengerusi BN di Pulau Pinang, mungkin beliau akan pilih kerusi parlimen Tanjung ataupun kerusi DUN Padang Kota.

Chow Kon Yeow pada petang ini semasa merasmikan Kem kerja PRU DAP Pulau Pinang berkata demikian kepada pemberita, berkaitan pandangan DAP terhadap pengerusi BN di Pulau Pinang dimana Koh Tsu Koon berniat untuk lepaskan jawatan itu, dan Koh dikatakan akan serahkan parti untuk menentukan penyerahan kerusi itu.

Apabila pihak pemberita bertanya lebih lanjut sama ada Teng Chang Yeow dan Ong Thean Lye boleh mengancam DAP ataupun tidak, Ng Wei Aik Setiausahan DAP Pulau Pinang yang sedang mendengar soalan itu berkata, musuh yang memberi tentangan dan cabaran ialah UMNO, kerana setakat ini tiada seorang pun tahu apa strategi politik yang berada di belakang UMNO itu.

Chow Kon Yeow akui bahawa UMNO adalah pemimpin utama dalam BN, dan musuh ketat DAP yang perlu ditangani selama ini.

Baca lagi >> PISAU

No comments:

Artikel pelbagai