Friday, November 25, 2011

PANAS: KHIDMAT PELACUR DI FACEBOOK??


Macam-macam cara manusia untuk mendapatkan wang..dulu perkhidmatan call girl ini cuma melalui telefon...sekarang zaman dah canggihkan so mereka gunakan alam maya untuk mencari pelanggan dan kegiatan ini boleh mereka dicekup oleh pihak berkuasa...

Disebabkan tumpuan luar biasa masyarakat ke Facebook, maka tanpa segan dan silu sesetengah bapa ayam memilih untuk memasarkan ‘produk’ mereka di laman berkenaan. sebuah Fan Page bertajuk Malaysia No 1 Call Girl Service . 3C Agent : 0129599***.Setakat ini sudah lebih 1,000 pengguna Facebook yang memilih untuk Like page berkenaan.

Apa yang menarik, si bapa ayam yang menawarkan khidmat tempahan pelacur itu pula yang merungut di dinding Facebook kerana ‘tidak menang tangan’ melayan kerenah pelanggannya yang mahu perkhidmatan yang pantas di tengah-tengah kesesakan jalan ibukota.

Menurut maklumat di laman tersebut, agensi terbabit membekalkan khidmat gadis-gadis dari China, Thailand dan Indonesia mengikut harga yang telah ditetapkan dari RM180 hingga RM700 mengikut jumlah jam diinginkan. Selain Facebook, ‘Malaysia No 1 Call Girl Service’ berkenaan, agensi 3C itu juga turut mempromosikan ‘perniagaan’ mereka di blog rasmi mereka, ‘No 1 Malaysia Escort Service 2011’...

p/s: Mohon pihak berkuasa lakukan siasat dengan segera...

No comments:

Artikel pelbagai