Hari ini 26.11.2011. Hujung minggu ini kebanyakan rakyat Malaysia termasuk GR sendiri menikmati cuti hujung minggu dan extra hari Isnin iaitu cuti ganti sempena 1 Muharram atau pun Maal Hijrah.
GR ucapkan Salam Awal Muharram kepada semua pembaca yang budiman...
MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah S.A.W berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah S.A.W memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah S.A.W, ukhwah dan syiar Islam itu sendiri.
Apa yang menarik untuk kita dan juga aku sebagai umat Islam:
1. Berpuasa di Awal Muharram Ada satu hadith iaitu Hadith Riwayat Muslim ada menyebut "seutama-utama (afdal) berpuasa selepas bulan Ramadhan ialah (berpuasa di bulan) Muharam ..." Para-para ulama marumuskan serta menganjurkan kita berpuasa pada 9,10 dan juga 11 Muharam. Maknyanya disini berpuasa dibulan Muharam adalah SUNAT.
2. Tidak dikhususkan amalan soleh di dalam bulan Muharram Didalam Islam itu sendiri ada menyuruh serta mengajar kita melakukan amalan soleh serta meninggalkan dosa pada setiap hari.
3. Muharram juga dipanggil bulan Syahrullah iaitu BULAN ALLAH Hebat bulan Muharram ini sehingga dipanggil bulan Allah sedangkan tidak pada bulan-bulan Islam yang lain. Ibn' Allan menyatakan bahawa Ibnul Jauzi ada menyebut nama-nama bukan Islam dengan nama-nama yang digunakan oleh masyarakat Jahilliyah. Manakala disebut jua bulan Allah kerana didalam bulan Muharam adalah hari yang disebut HARI ASYURA iaitu hari kesepuluh dari bulan Maharram yang mempunyai kelebihan istimewa disebalik sejarah dan amalan berpuasa.
4. Wajibkan membaca doa akhir dan awal tahun
Doa Akhir Tahun
Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu. Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.
Doa Awal Tahun
Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah SWT senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung. Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan para sahabatnya.
No comments:
Post a Comment