Friday, July 26, 2013

SYIAH AJARAN SESAT, HARUS DIBANTERAS! UMAT ISLAM JANGAN MUDAH TERPESONG! @Zahid_Hamidi @dsjamilkhir


Ajaran Syiah sudah lama kita ketahui ianya merupakan ajaran sesat sejak dulu lagi. Ianya berpunca selepas kewafatan Nabi S.A.W kerana pelbagai ajaran yang keluar ketika itu yang tidak berlandaskan sunnah Nabi S.A.W.

Kita lihat di negara-negara Islam yang mempunyai masyarakat Sunni dan Syiah ini, bagaimana mereka ini ditindas oleh puak Syiah. Pelbagai desakan dan serangan yang mereka lakukan sampai yang melibatkan kekejaman yang melampau dengan membunuh mereka yang tidak menerima ajaran Syiah sesat ini.

Di Malaysia, ajaran sesat ini sudah mula merebak dengan meluasnya. Cara mereka berkumpul pada dahulunya secara bersembunyi tapi sekarang sudah semakin berani ke khalayak ramai. Pada mereka yang cetek pemikiran dan ilmu Islam dalam diri, mungkin mudah terpesong dengan ajaran Islam yang sebenar.

Tahniah GR ucapkan pada Kerajaan kerana dengan akan mengambil tindakan segera membanteras ajaran Syiah di Malaysia. Tahniah pada Menteri KDN, DS Zahid Hamidi memberitahu KDN akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu termasuk pemimpin politik dan pertubuhan yang masih mengamalkan ajaran Syiah.


Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu termasuk pemimpin politik dan pertubuhan yang masih mengamalkan ajaran Syiah.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan akan diambil jika ada laporan daripada Majlis Agama Islam negeri-negeri atau pertubuhan bukan kerajaan Islam serta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

KDN turut mengenal pasti dan mempunyai maklumat lengkap pemimpin politik Islam yang membuka jalan kepada gerakan Syiah di negara ini, katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian zakat perniagaan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di sini, Khamis.

"Kalau mereka (pemimpin politik) ingin menafikan (penglibatan dengan ajaran Syiah) dalam kempen parti, silakan. Tetapi mereka mesti isytiharkan diri mereka dan jangan berselindung daripada mana-mana fahaman selain dari ajaran Al-Sunnah Wal Jamaah," katanya.

KDN pada Rabu mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966. Ahmad Zahid berkata KDN dan agensi-agensi di bawahnya seperti Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan Jabatan Imigresen akan meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan itu.

Beliau berkata kerjasama antara agensi-agensi agama dan kementerian yang berkaitan amatlah diharapkan dalam menangani dan menyekat fahaman selain Al-Sunnah Wal Jamaah dari tersebar di kalangan masyarakat.

"Saya menyeru kepada semua pihak termasuk rakyat Malaysia beragama Islam supaya tidak melibatkan diri dengan sebarang kegiatan ini," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata KDN tidak akan campur tangan dalam soal hal ehwal agama negeri-negeri dan kuasa untuk berbuat demikian tertakluk di bawah kuasa Jakim untuk membuat pemantauan serta menyekat ajaran, penyebaran dan dakyah.

Mengenai implikasi pengharaman Pertubuhan Syiah Malaysia, beliau berkata tiada seorang pun boleh menggunakan semula nama pertubuhan itu untuk didaftarkan sebagai pertubuhan berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 7 (3) (b)Akta Pertubuhan 1966. - BERNAMA


GR kata: Tengok pemimpin pakatan mana yang Syiah sebab tak pernah tengok diaorang join sekali solat jemaah bila dalam program diaorang. Takkan solat pun nak asing-asing kot. Kata perjuangkan Islam kan???

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

mohon jasa baik tuan untuk menyiarkan video2 kesesatan syiah berikut:

1. Syiah sedang membunuh Ahlussunnah di Syria

http://www.youtube.com/watch?v=7VywlmQHb4Q&feature=c4-overview&list=UUS_veLhDYPRfuCeYCejNlgQ

2. wajah2 syiah

http://www.youtube.com/watch?v=5PjK9fid9Ho&feature=c4-overview&list=UUS_veLhDYPRfuCeYCejNlgQ

3. Syiah merupakan sahabat yahudi

http://www.youtube.com/watch?v=9R4CfK4d8DQ&list=PLE9E35EEE019C7BA2&index=2

Semoga jasa tuan akan sentiasa dirahmati Allah.

Anonymous said...

Pelik, camane la bole ade org pandai pandai dok ikut ajaran ajaran sesat ni, sesetghnya tu tak masuk dek akal !

Artikel pelbagai