Saturday, July 27, 2013

NIK AZIZ YANG TENTUKAN KEBAHAGIAAN OSTAJAH ABBY DAN SUAMI?


Atas alasan cinta itu buta, pasangan yang asyik berkasih sayang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat bersama tanpa mengira perasaan orang lain lebih-lebih lagi ibubapa itu sendiri.

Mereka sanggup menolak ketepi pandangan dan keputusan ibu bapa dan keluarga terhadap pasangan mereka. Bagi mereka, pasangan mereka adalah lebih baik dari segala-galanya. Dan sebab itulah terjadinya isu perkahwinan tanpa restu ibu bapa sehingga ada yang sanggup berkahwin secara diam-diam. Tahu-tahu je, dah berkahwin.

Bagaimana pula dengan kisah Ostajah Celop PAS nie kan. Tiba-tiba saja sudah melangsungkan perkahwinannya lebih 12 hari. Perkahwinan memang perkara yang digalakkan dalam Islam. Ianya adalah untuk kita mengelakkan kita dari melakukan sebarang maksiat.

Kita perlu ingat dalam Islam juga perkahwinan adalah pasangan antara lelaki dan perempuan yang cukup semuanya. Islam juga menggalakkan perkahwinan yang direstui ibu bapa kerana keberkatan yang kita mahukan dari Allah S.W.T

Timbul pelbagai persoalan dalam puak PAS sendiri yang GR temui mereka pelik, kenapa Abby berkahwin di Siam. Jika mahukan keberkatan dan direstui kedua ibu bapa mereka boleh buat majlis akad nikah yang sederhana di Malaysia, tak perlu nikah di Siam. Macam kahwin lari saja nie. Ibu bapa mereka juga tak ada kelihatan dalam gambar perkahwinan mereka.

Apa pun GR doakan mereka bahagian hingga akhir hayat dan perkahwinan mereka diberkati. Restu ibu bapa lebih penting untuk kita dapat keberkatan dalam mendirikan rumahtangga, bukannya restu Nik Aziz. Kita doakan semoga Ostajah Abby terbuka hatinnya untuk kembali pada ajaran Islam yang sebenar.

Untuk pengetahuan kita bersama, perkahwinan lebih diredhai jika direstui kedua ibu bapa:

Pada awal perkahwinan mungkin kita tidak akan menghadapi sebarang masalah lagi dalam rumahtangga tetapi untuk jangka masa yang panjang, mungkin ada sedikit sebanyak kesannya. Kata orang-orang tua, “Kalau pasangan anda kentut pun masih berbau wangi”. Tetapi dalam 5 hingga 10 tahun anda akan terasa kesannya seperti:
  • tidak lagi bahagia
  • sentiasa tidak tenang
  • selalu bergaduh kerana perkara kecil
  • anak-anak degil dan tidak mendengar kata
  • ketidakserasian sesama pasangan secara tiba-tiba
Ibu bapa juga tidak terkecuali menerima kesan daripada perkahwinan tanpa restu mereka ini. Anak yang mereka tatang bagai minyak yang penuh sejak dari kecil sehinggalah besar dan bijak dalam membuat keputusan sendiri tiba-tiba menolak diri mereka disebabkan pasangan kita.


GR kata: Suami isteri yang baik akan kekal hingga ke Syurga.

1 comment:

Anonymous said...

Apa pun perkara atau keputusan besar, ibubapa jgn abaikan, sentiasalah dptkan restu mrk , insyaAllah selamat dan berkat.

Artikel pelbagai