Wednesday, July 24, 2013

#PRKKualaBesut PENENTU MASA DEPAN BN ATAU PAKATAN HAPRAK? @NajibRazak @MuhyiddinYassin


PRK Kuala Besut pagi ini akan menentukan siapakah yang menjadi pilihan rakyat. Pembuangan undi yang akan dibuka awal pagi ini akan menentukan siapakah yang akan menerajui Terengganu.

BN amat memerlukan kemenangan untuk manjadi keadaan 17-15. Manakala PAS pula mengharapkan menang untuk menjadi keadaan 16-16. BN kalau kalah amat malu besar terutama PM Najib,TPM Muhyiddin Yassin dan yang paling malu dan hilang harga diri ialah MB Ahmad Said dan Idris Jusoh.

PAS pula kalau menang nilai moral akan naik setakok lagi bagi menjamin politiknya di Terengganu. PAS dilihat ada pelaung tetapi egonya masih ada. Riak wajah air muka pun garang nampak kasar dan gelojoh. PAS masih lagi dengan politik yang main sedap tekak dengan pelbagai 'fatwa' baru demi meraih undi rakyat.

Adakah rakyat masih boleh menilai pemimpin manakah yang benar menjiwai isi hati mereka? Atau rakyat masih memilih dengan undi popular. BN jangan terlalu yakin dan perlu ambil iktibar dengan senario PRU13. Jangan pandang remeh dengan 'Silent Voter's'....golongan ini yang perlu diambil berat.

GR lihat pemilihan calon BN memang Ok, selari dengan kehendak rakyat Kuala Besut yang mahukan pemimpin muda yang boleh menjadi pemipin mereka. Calon PAS yang dilihat macam tangkap muat sahaja. Asal boleh pergi tapi kerja tak mau buat. Apa citer?

Masa depan DS Najib Razak dia kena ada orang yang berwibawa dan imej bersih dan suci dalam dan luaran. Itu yang penting! Ramalan ramai yang kata UMNO menang. Tetapi majoriti mungkin agak kurang sikit. Alasan kerana tarikh mengundi hari bekerja. Ramai tak dapat balik undi pembuangan undi pagi ini.

Istimewanya Kuala Besut

Kuala Besut mempunyai persamaan dengan DUN Kuala Linggi, Melaka kerana kebanyakan mereka adalah masyarakat nelayan Melayu yang memerlukan penambahbaikan asas infrastruktur (Water-breaker umpamanya) dan kemudahan lain saperti peralatan pada nelayan dan juga pertanian. Pembangunan bagi nelayan di kampong Kuala Linggi ini sudah lama berlaku dan masih rancak penambahbaikannya. Harap di Kuala Besut juga begitu.

Selamat mengundi pada pengundi di Kuala Besut, buatlah pilihan yang bijak. Jangan dengar cakap-cakap orang. Pilih pemimpin yang buat kerja untuk kita, jangan pilih pemimpin yang pandai cakap tapi bila nak minta bantuan hilang entah ke mana. Tengku Zaihan (anak Ustaz) atau Azlan Yusuf (Che Long)...???


GR kata: Kuala Besut kuat dengan warna Biru! Undilah BN! Selamat Mengundi....

No comments:

Artikel pelbagai