Thursday, July 25, 2013
RATU CANTIK SANGGUP MURTAD DEMI NAK KEJAR GLAMOR?
Syukur Alhamdulillah di atas ketegasan dan keberanian yang ditunjukkkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hj. Wan Zahidi Wan Teh dalam mempertahankan agama Islam serta umat Islam di Malaysia.
Sepatutnya Malaysia sebagai negara Islam dan Islam sebagai Agama Persekutuan juga kena pastikan setiap umat Islam kalau bekerja dengan awam atau mewakili negara dalam apa bidang sekali pun mesti berpakaian sopan sebagai gadis yang menunjukkan ciri wanita Muslim. Tengoklah pakaian paramugari Air Asia dan FireFly yang agak menjolok mata dengan skirt ketat dan pendek, seolah-olah memperdagangkan body mereka untuk tontonan umum. Inilah imej Malaysia yang diketengahkan oleh syarikat penerbangan di negara kita.
Sesetengah orang melakukan kesilapan kerana sudah tahu tapi mahu menegakkan benang basah manakala sesetengahnya pula, disebabkan jahil atau kurang arif tentang sesuatu perkara.
Bagi kesilapan disebabkan alasan kedua, maka peluang untuk belajar dan disedarkan harus diberi bukannya terus mengutuk atau mencaci. Apatah lagi dalam Islam, kita dianjurkan untuk menyayangi saudara seugama.
Seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayang”. (Al Hujuraat: 10)
Terdapat juga hadis dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya”. [HR Bukhari dan Muslim]
Dalam kes Ratu Cantik Malaysia yang sedang hangat diperkatakan sekarang, pendekatan berhemah seharusnya digunakan oleh masyarakat Islam negara ini setiap kali memberikan komen apatah lagi di bulan Ramadan, di mana Allah S.W.T membuka seluas-luasnya peluang mendapat keampunan kepada hambaNya.
Apabila isu agama Islam diperkatakan secara umum dan berlandaskan logik semata-mata, ia sangatlah tidak kena. Bayangkan, individu yang bukan Islam (penganjur pertandingan – Datin Anna Lim) pun berani mengeluarkan kenyataan kepada orang Islam sendiri (Sara) bahawa dia akan berusaha bertemu Mufti Wilayah, Datuk Wan Zahidi bagi meminta penjelasan di bahagian mana dalam Al Quran menyatakan berdosa dan haram menyertai pertandingan ratu cantik.
Astaghfirullah, individu yang bukan Islam dan penganut Islam yang tidak dekat dengan agama pastilah akan bersandar pada logik semata-mata dalam mengulas isu agama sedangkan sesuatu yang halal dan haram di sisi agama tidak boleh dipertikaikan lagi.
Paling dibimbangi, pada saat-saat sekarang apabila sesama Islam lebih sibuk menyelar tindakan peserta ratu cantik yang seugama dengan kita ini, ada pihak luar mungkin mengambil kesempatan dari kerapuhan iman 4 wanita Islam ini. Lihatlah saja komen-komen yang dibuat rakan-rakan Sara di laman Facebooknya ini:
Umat Islam harus pertahankan agama yang suci ini. Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan hak Bumiputera Melayu serta Bumiputera lain dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat semua kaum antara satu sama juga harus dipertahanankan.
Pada mereka yang bersikap liberal, apakah yang kamu bangga ke arah budaya barat dan ekspressi bebas? Hak asasi manusia kamu menyamai hak asasi untuk tidak beragama yang dianjurkan oleh musuh Islam, menyamai hak kebebasan dari menerima hukum sebagai seorang manusia (homo-sapien dlm istilah biologi, mamalia dlm istilah sains) tapi dimuliakan sebagai insan oleh Islam.
Kamu mahu hidup dianggap sebagai homo-sapien atau mamalia? atau menerima dan mengikut hukum-hukum mulia sebagai insan mukmin dalam Islam..
Para Mufti hanya umpama gembala kambing, memegang amanat agama mengawal anak-anak kambing dari meliar keluar dari kelompok. Percayalah di luar sana sedang menunggu serigala untuk membaham dan menyiat daging dan hati muda. Kebebasan ini tidak berbaloi walau sebesar zarah sekali pun. Renung-renungkalah.....
GR kata: Hukum Allah itu pasti, Syurga...Neraka juga pasti. Selamat beramal!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tanya Nik Aziz PAs... bereh la tu
Don't die unless you're a Muslim !
This is the millennium of the blind, look at the comments, the unseen claws of the antichrist has already taken root in their veins.
Post a Comment