Tuesday, July 23, 2013

HARAP MUKA JER LAWA, LEBIH NAK GLAMOR DARI TAKUT HUKUM ALLAH!


Inilah pemikiran manusia zaman sekarang, mahukan glamor kerana yakin itu yang akan membawa mereka berjaya dan cita-cita mereka tercapai.

Memang betul rezeki itu Allah SWT yang tentukan, tapi kita sebagai hamba-Nya haruslah berusaha untuk mendapat yang terbaik tanpa melanggar perintah yang telah ditetapkan-NYA. Rezeki yang kita perolehi itu haruslah halal kerana ia akan dihisap di akhirat kelak.

GR lihat mereka ini cakap saja pandai, kononnya takkan berpakaian seksi bila masuk suatu pertandingan...apatah  lagi nak cari glamor. GR nak tanya, aweks-aweks cun melecun yang masuk pelbagai rancangan realiti atau pun jadi model pada asalnya macam tu lah. Tapi bila nak glamor cepat mulalah tayang sana sini. Sebelum cakap apa-apa, cukupkan ilmu agama tu dulu yer.

Kita perlulah hormat agama kita yang suci murni ini, bukannya terus melenting bila kehendak nurani kita dihalang oleh seseorang. Ingat pada yang Pemberi Rezeki dan Pencipta kita dulu, barulah kita tahu bagaimana diri kita sebenarnya.

DUA daripada empat gadis Muslim yang digugurkan daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 iaitu Wafa Johanna De Corte, 19, dan Sara Amelia Bernard, 20, mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan melarang penglibatan mereka dalam pertandingan itu.

Nama mereka dan dua lagi finalis iaitu Kathrina Rizuan, 23, dan Miera Sheikh, 19, digugurkan daripada menyertai pertandingan itu selepas penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan tersebut telah ditegur oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Mereka menyifatkan keputusan itu adalah sebagai salah satu daripada diskriminasi berlandaskan agama.

Menurut Wafa Johanna, “saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia. Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia.

“Saya tidak akan memakai pakaian renang ataupun bikini sebaliknya akan memakai pakaian sukan yang bersesuaian,” katanya.

Menurut fatwa yang telah dikeluarkan pada 1996, mana-mana wanita yang beragama Islam adalah dilarang sama sekali untuk menyertai pertandingan ratu cantik.

Kali terakhir wanita Muslim terlibat dalam pertandingan sebegitu ialah penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira yang telah memenangi gelaran Miss Malaysia pada 1992.

Selain Wafa, seorang lagi finalis, Sara Amelia Bernard turut menyatakan perasaan terkejut serta berasa terkilan di atas penguguran namanya sebagai finalis daripada 20 peserta akhir yang telah disenarai pendekkan.

“Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah personaliti setiap finalis yang bertanding.

“Kalalu mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak melarang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.

Selain itu, Sara juga berharap agar fatwa tersebut dikaji semula supaya membenarkan wanita Muslim bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

“Saya berasal daripada ibu bapa yang berkahwin campur dan saya sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam. Saya tidak ada sebarang prejudis terhadap agama sendiri, tetapi nama digugurkan atas alasan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya.

Jangan nak sibuk kata, hal kubur ini adalah hak masing-masing. Dalam Islam kita digalakkan nasihat dan berkongsi tentang perkara baik antara satu sama lain. Sedarlah diri tu, sebelum kita disedarkan kelak.


GR kata: Muka cantik tapi kalau ilmu agama tak der memang sayang....

6 comments:

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah di atas KETEGASAN dan KEBERANIAN mulia Mufti Wilayah Persekutuan, YB Datuk Hj. Wan Zahidi Wan Teh, dalam mempertahankan Islam/umatnya.

Sepatutnya Malaysia sebagai NEGARA ISLAM, dan islam sebagai AGAMA PERSEKUTUAN juga kena pastikan setiap umat Islam/Melayu, kalau bekerja dengan awam atau mewakili negara dalam apa bidang pun, mesti berpakaian sopan sebagai gadis/lelaki Islam/Melayu, dan kalau bangsa lain, juga mesti berpakaian sopan! Tengoklah pakaian paramugari Air Asia, yang LUCAH dengan skirt ketat dan pendek - seolah memperdagangkan anak-anak gadis Islam/Melayu dan bangsa lain, sebagai pekerja kelab malam murahan! Inilah imej Malaysia yang diketengahkan oleh syarikat penerbangan yang TAMAK ini!

Kenapalah Dunia Islam mesti tunduk kepada UNDANG-UNDANG dan KEBUDAYAAN Barat-Zionis yang KURANG AJAR - yang juga menguasai undang-undang antarabangsa UN itu?! Kenapa kita biarkan mereka macam TUAN PENJAJAH kita? Patutnya OIC (Pertubuhan Dunia Islam) mesti lebih lantang dan berani, contohnya untuk buat sendiri sukan Dunia Islam - kalau Olympik tak bagi serta sukan dia kerana kita tak mahu ikut kebudayaan dia, patutnya kita mesti lawan dengan UNDANG-UNDANG Islam! OIC mesti lebih bijak, di dalam mempertahankan KEDAULATAN dan HAK dunia Islam/umatnya. Lagipun apa salahnya wanita Islam pakai baju mandi atau gymnastik yang bukan seperti bikini tetapi bercirikan Islam contohnya, baju bertangan dan berseluar panjang seperti baju mandi Islam yang makin banyak dipakai oleh wanita Islam termasuk di Barat, walaupun dihina oleh ramai si Kafir Barat-Zionis. Apa jenis undang-undang sukan yang memaksa wanita untuk separuh telanjang - apa kaitan dengan kemampuan ahli sukan?! Jadi undang-undang Barat-Zionis ini sebenarnya SAMPAH semata dan tidak bermoral; wanita diperdagangkan sebagai HAMBA seksual dlm. pelbagai sudut.

MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

(PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAP/PKR/Red beans militia durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

Anonymous said...

boleh mampuslah dgn agama arab engko hal mcm ni tak yah nak sibuk korang gaduh jelah dlm gelanggang politik dgn musuh2x korang..jgnlah nak sibuk kawal hidup org..malulah menteliti arab gurun pasir abad ke 7 masih tak ubah-ubah..kenapelah melayu ni fanatik nak kawal hidup org lain.?..dorang tak kacau pun hidup korang tpi korang yg bermenteliti jumud dan perasan bagus ni sibuk lebih2x.

Anonymous said...

KWANG KWANG KWANG...

ANON 10.50PM DH MEROYAN NCAM B*B* SIAL HILANG ANAK WOI...KEHKEHKEH...

SEBELUM KO NAK KATA ORG LAIN JUMUD ADALH TERRRLEBIH BAIK KO PEGI CERMIN DIRI SENDIRI DULU LA MANGKOK WOIII...

SEMENTARA MASIH BERNYAWA NI, BOLEH LA LAGI KO CAKAP MACAM NI..KO TERUSLH DGN PRINSIP KUBUR MASING2 KO TU YER.!!!

MASA AKAN SAMPAI...KWANG KWANG KWANG KWANG...AGAMA ARAB.?! WEI ANON.!! LU MEMANG BODOH & BEBAL.!!!

Anonymous said...

10.50,

nasib baik pembangkang kecundang PRU 13, kalau tidak ko tahulah nasib pertandingan berkenaan...haremmmm

makanya kalau nak pastikan korang tidak dikawal lebih ketat dari yg ada, pastikan pada PRU 14 ko tolak pembangkang key.

Omar Ortega Callus said...

Anon 10.50. Tak ada orang yang kan menahan kamu telanjang dan berjalan dijalanraya di Malaysia ini...silakan.

Kamu liberal? Mengagong apa yang kebaratan dan ekspressi bebas? Hak asasi manusia kamu menyamai hak asasi untuk tidak beragama yang dianjurkan oleh musuh Islam, menyamai hak kebebasan dari menerima hukum sebagai seorang manusia (homo-sapien dlm istilah biologi, mamalia dlm istilah sains) tapi dimuliakan sebagai INSAN oleh Islam.

Kamu mahu hidup dianggap sebagai homo-sapien atau mamalia?? atau menerima dan mengikut hukum-hukum mulia sebagai INSAN Mukmin dalam Islam..

Y.Berbahagia Mufti hanya umpama gembala kambing, memegang amanat agama mengawal anak-anak kambing dari meliar keluar dari kelompok. Percayalah diluar sana sedang menunggu serigala untuk membaham dan menyiat daging dan hati muda. Kebebasan ini tidak berbaloi walau sezarah.

Anonymous said...

Anonymous 10.50pm,

Tak pasti kamu beragama apa, tapi pastinya kamu amat jahil lagi mencabar hukum Tuhan. Kamu sewajarnya bertaubat, jika kamu ISLAM, jika kamu kafir, jgn cuba mengganggu gugat ISLAM, agama kami. Jgn pandai nak buat hukum sendiri bro.

Artikel pelbagai