Wednesday, July 24, 2013

MURID SEKOLAH 'MAKAN DALAM TANDAS', AGENDA PAKATAN MAKAN DIRI SENDIRI! @MuhyiddinYassin @KemPendidikan @rafiziramli


Semalam heboh di dada akhbar baik media cetak atau pun media sosial kononnya ada sekolah yang tidak berlaku adil pada murid yang bukan Islam. Jika pada permulaan cerita dari blogger pakatan haprak Amenoworld GR pun hampir percaya. Allah SWT itu Maha Adil, siapa yang teraniaya akan ditunjukkan balasan dengan CASH.

Inilah orang makan 'senjata makan tuan'...buat sesuatu perkara yang sengaja untuk timbulkan isu perkauman tak sampai sehari KANTOI pulak. Tu la lain kali buat kerja pakai otak, janganlah bodoh melantun-lantun...betul tak?

Bila difikirkan balik, logik ke kalau guru letakkan pelajar makan di dalam tandas masa rehat? GR rasa rata-rata guru di Malaysia nie masih lagi waras. Degree pun ada, yang bergraduan dari luar negara bawah program Kementerian Pelajaran Malaysia pun ada.

Ke kebanyakan orang Malaysia ni tak logik dalam pemikiran...???

Isu sekolah Sri Pristana, ini adalah artikel yang GR jumpa http://dhanyaraam.blogspot.com/2013/07/canteen-in-changing-room-facts-that-you.html ini adalah terjemahannya di bawah:


Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki India yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut.

"Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul.

Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.

Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:

1. kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.

2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.

3. Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.

4. bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.

5. Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai "kantin"

6. Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut.

7. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.

7. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda "tandas" (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda "tandas" tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.

8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.

9. Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.

10. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru India juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .

11. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di Facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan di dalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.

12. Sekolah itu telah diarahkan untuk tutup "kantin sementara" dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.

Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak.


GR kata: Budak sekolah pun tau tempat makan mana yang bersih atau kotor....

4 comments:

Anonymous said...

No 11 yg paling menarik hati sy. Kebanyakan ibu bapa memandang ringan mesyuarat agong PIBG yg diadakan setahun hanya sekali. Menyebabkn pelbagai maklumat tidak sampai dan sebarang kemusykilan tidak dpt mereka utarakan mengikut saluran yg betul. Malah masalah yg dihadapi oleh sekolah juga tidak mereka tahu.

Anonymous said...

Konpem mak bapak budak tu tak datang mesyuarat PIBG..alasan standard ialah sibuk...masuki dl FB lalu di ambil kesempatan Blogger pembangkang..isu nya berbaur politik.

Anonymous said...

SEkarang nak buat apa pun susah puak pembangkang asyik nak politik semua perkara kalau betul tak apa ini pembohong belaka.Yang sedihnya PAS kata parti Islam tapi apa yang mereka buat, jadi barua DAP aje.

Anonymous said...

amacam cekgu yang ramai istihar sokong DAP PKR dan PAS kalian semua tak rasa terhinake atas keikhlasan anda dibalas penghinaan?

Artikel pelbagai