Monday, May 20, 2013

SIAPA YANG TAK NAK IKUT DEMOKRASI KALAU MACAM NIE..??

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan pelbagai kaum yang jarang sekali kita lihat di negara-negara lain seluruh dunia. Uniknya Malaysia pelbagai kaum yang boleh kita perolehi dan juga budaya yang sudah sinonim sejak zaman sebelum merdeka.

Budaya dan agama yang dianuti di Malaysia membuatkan negara ini menjadi bualan di seluruh dunia. Dalam kita sedang mencapai matlamat untuk menjadi sebuah negara maju, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba memutarbelitkan keadaan. Apakah mereka sedar bahawa Malaysia sudah lama merdeka? Adakah rakyat Malaysia masih ingin dijajah seperti dulu?

Kebebasan kita bersuara ada hadnya. Boleh bersuara yang memberikan kritikan membina sama-sama untuk kemajuan negara. Begitu juga dalam beragama, walaupun Malaysia ini negara Islam seharusnya semua pihak hormat antara satu sama lain. Hormatilah Perlembagaan yang sudah termaktub dan jangan cuba diubah semuanya.

Lihat video di bawah :



Korang dah lihat video di atas, fikirkanlah dan jangan biarkan ada pihak yang cuba PIJAK kepala kita. Alasan yang diberikan tidak munasabah dan adakah rumah agama kaum lain kita sebagai umat Islam PROTES mereka? Perkara sebegini sudah kita lihat benar ianya berlaku, bagaimana jika benar peralihan kuasa pucuk pimpinan Kerajaan terjadi. Boleh diberi jaminan Islam masih kekal sebagai agama rasmi..?? Tepuk dada tanyalah iman....

Pada pihak yang bertanggungjawab dan Wakil Rakyat kawasan berkhidmatlah yang terbaik pada semua lapisan masyarakat. Rakyat memilih anda untuk membantu mereka bukannya memberikan beban lagi pada mereka. Jadi Wakil Rakyat bukan untuk 'kenyangkan' poket sendiri yer!!!


GR kata: Doakan Islam sentiasa berkembang di bumi Malaysia dan seluruh alam.

2 comments:

Anonymous said...

jangan cepat melatah.. apa yg di utarakan itu masih dalam perbincangan masjid belum lagi di dirikan, ya saya tuhu dia tak suka dengar azan kita faham dia bukan org islam. saya rasa jikalau dia duduk di selangor pasti dia stuju kenapa masjid di bina, saya rasa dalam hal ini kita bertangungjawab mencari solusi dan kefahaman islam yg sebenar kepada mereka di sabah suasana nya lain disana.. jangan cepat menyebar fitnah... sekiranya masjid sudah di bina kita wajib mempertahankannya... wallahualam

p/s yg sedih masjid kita di semenanjung banyak tapi tak ramai yg pergi jom kita fikirkan bagai mana nak mengimarahkan masjid

Anonymous said...

Fitnah apa monyet...org islam nk bina masjid...dier xsetuju n xluluskan..fitnah apa ko cakap ni monyet...jgn la jd bodoh...please

Artikel pelbagai