Friday, May 24, 2013

Tahniah KPN Dan TKPN Baru Gandingan Paling TERBAIK! Mesti Ramai Tak Senang Duduk..!! @PDRMsia @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Setelah sekian lama rakyat Malaysia menanti ketegasan pihak berkuasa menangani sebarang ancaman yang boleh menggugat keselamatan rakyat dan negara, akhirnya telah terjawab jua. Gandingan Ketua Polis Negara dan Timb Ketua Polis yang baru telah menampakkan hasilnya.

Bukannya GR menidakkan keperibadian Ketua Polis Negara yang lama TS Ismail, rakyat Malaysia terhutang budi atas jasa dan khidmat bakti beliau menjaga ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia sepanjang khidmat bakti beliau.

Maksud GR di sini ialah cakap-cakap dari rakyat yang diakar umbi ini mereka mahukan perubahan yang baru dalam sistem keselamatan negara yang sudah lama diPIJAK oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Mereka ini seolah-olah sengaja untuk melanggar undang-undang dan mengajak rakyat Malaysia bersama mereka. Adakah Malaysia ini dah 'Hilang' undang-undang..??

Gandingan terbaik ini juga telah menampakkan hasilnya di mana beberapa kes yang terdahulu telah berjaya diselesaikan dan hukuman setimpal diberikan pada mereka yang membuat kesalahan. KPN dan TKPN yang baru ini juga terkenal dengan sikap mereka yang 'Hati Kering'...sebab tu ramai dari kalangan pemimpin pakatan haprak sudah bertukar cara berpolitik mereka. Dulu kutuk Polis sekarang tiba-tiba sanjung Polis....dan lebih teruk lagi mempolitikkan apa yang ditugaskan oleh pihak Polis.

Betul apa yang dikatakan oleh Menteri KDN yang baru,

"Saya telah memberi kuasa sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) untuk menguatkuasakan undang-undang dan saya harap pelaksanaannya dilakukan tanpa campur tangan saya" - DS Zahid Hamidi


Jelas di sini tiada sebarang campur tangan politik dalam setiap tindakan yang diambil oleh pihak Polis dan juga jabatan di bawah KDN. Cakap-cakap dari mulut pemimpin pakatan haprak saja yang cuba dipolitikkan oleh mereka kerana mereka tahu telah kehilangan sokongan yang banyak dari rakyat.

Rakyat Malaysia sangat bersyukur dengan tanggungjawab yang diberikan pada KPN yang baru telah dijalankan dengan baik. Rakyat Malaysia mahukan kehidupan yang aman dan sejahtera. Cukuplah kita dijajah pada zaman British dan Jepun dulu dan kita rakyat Malaysia tidak mahu dijajah lagi. Pada KPN yang baru, rakyat Malaysia menaruh harapan pada anda and the team. Halau dan humban mereka yang cuba untuk merosakkan nama negara. We all support u and PDRM..!!!


GR kata: Dulu zaman Pak Mail, la nie zaman Pak Khalid. Tunggu jelah yer nasib korang cacai pakatan semua...Hi hi hi

1 comment:

Anonymous said...

Salam. Saya amat bersetju dgn komen GR. PDRM mesti disupport oleh setiap lapisan Masyarakat. Cuma yg sy tak setuju dgn GR adalah gambar diatas. Gambar tersebut terbalik. Jika tidak diperbetulkan maka Masyarakat akan kata kedua dua pemimpin tertinggi PDRM telah pakai uniform terbalik dan ini akan dipolitikkan oleh mereka2 yg tak bertanggong jawab. Pohon betulkan. Tq

Artikel pelbagai