Tuesday, May 21, 2013

CEO AIR ASIA AZRAN PERLU INGAT ASAL USUL DIRI DAN KELUARGA..!!


Penulis kesal dan kecewa dengan kenyataan media social  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman-Rani baru-baru ini kerana tergamak mengkritik perjuangan Utusan Malaysia dalam memartabat maruah kaum Melayu.  Penulis percaya pasti ramai lagi orang2 Melayu baik ahli korporat, ahli politik, golongan kaya mahupun golongan miskin di luar sana marah dan pasti mahu beliau segera mohon maaf.  Tetapi hingga ke hari ini Azran masih diam membisu & tidak bertanggungjawab umpama tidak menghormati langsung bangsa Melayu sendiri.  Bongkak sungguh ahli korporat Melayu sorang ni?

Tindakan itu memperlihat seolah-olah Azran lupa tanpa kuasa orang Melayu seperti yang diperjuangkan oleh Utusan Malaysia, beliau mungkin tidak mampu memegang jawatan seperti hari ini.  Penulis menyifatkan bro Azran ini bukan sahaja angkuh tetapi menafikan hakikat kedudukannya diperoleh hasil perjuangan pemimpin Melayu UMNO yang mempunyai kuasa politik.

Antara perkara penting yang perlu Bro Azran ingat dan kenang ialah:

1. Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu?

2. Bro Azran menuduh akibat  fikiran sempit orang Melayu menyebabkan orang Melayu ketinggalan, tetapi tidakkah Azran tahu dengan kuasa politik di tangan orang Melayu sahaja segala agenda dan kepentingan Melayu dapat direalisasikan sehingga kita mampu memiliki syarikat penerbangan yang sama sekali tidak terfikir boleh berlaku?

3. Jangan lupa jasa mantan PM-Tun Abdullah Ahmad Badawi(Pak Lah) kerana beliau banyak membantu Air Asia ketika era pemerintahannya sehingga Air Asia boleh ‘terbang’ tinggi hingga ke hari ini.

4. Ingat, sekali hilang kuasa politik Melayu, maka hilanglah kedudukan Azran dan jangan bermimpi jawatan itu akan kekal sama ada kepadanya atau mana-mana orang Melayu selepas ini.

Ahli korporat baharu itu juga secara terbuka menyatakan perasaan meluatnya terhadap akhbar Utusan Malaysia yang dilabelkan sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?' pada 7 Mei lalu tanpa memahami tafsiran yang betul mengenai laporan tersebut.

Kenyataan beliau berbunyi “I am Malaysian.  I am anti-racism.  I am disgusted by utusan’s editorial stance. (Saya rakyat Msia.  Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang utusan)  Azran turut berkata di laman twitternya “Utusan sudah lama tidak relevan.  Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit.  Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia.

Yang menghairankan penulis dan pastinya menjadi persoalan ialah Utusan sedikit pun TIDAK menyentuh Air Asia tetapi tiba-tiba Azran tampil dengan kenyataan bersama ugutan menarik balik iklan Air Asia di Utusan.  Jika pun beliau terdorong untuk menyokong pembangkang, itu bukan caranya dengan menuduh Utusan dan menampakkan sikap beliau seperti “kacang lupakan kulit”.

Nasihat penulis kepada Melayu2 korporat yang berjaya di luar sana, anda adalah lambang Melayu.  Jangan khianati dan rosakkan identity bangsa dan yang paling penting ialah jangan jadi Melayu yang sanggup menggadaikan maruah bangsa sendiri!!! - Sumber


GR kata: Melayu kalau dah lupa asal usul diri memang macam tu, mati masuk kubur semua sama jerk!!

1 comment:

Othaman Ahmad said...

The evil and short-coming of Air Asia is finally exposed. Not only Air Asia cheating us on its hidden cost, it also fail to meet customer's need & service. Worst part is..... this so called "reputable" airways is led by a moron who dressed & appeared as cheap transvestite. And yet he has the cheek to brand Utusan M'sia as having no integrity. This is a very unbecoming conduct for a CEO of multi billion corpn and as such we demand an explanation from its Chair-person, Tan Sri Rafidah Aziz.

Personally, I've no faith and will not risk my life flying with Air Asia, led by a cracko.

Ex Son of Spura

Artikel pelbagai