Monday, May 20, 2013

Antara Awek Dan Emak, Yang Mana Dapat Berkat Allah SWT..?? @zuanazmi @tv3malaysia


Dunia akhir zaman, itulah yang mampu GR katakan untuk permulaan artikel kali ini. Apa yang GR cuba sampaikan untuk pedoman diri sendiri dan pembaca semua.

Kisah Si Tanggang yang disumpah jadi batu sememangnya sudah sinonim dalam diri kita. Malah pelbagai versi yang keluar di kaca TV mahu pun pawagam untuk tatapan kita semua. Matlamatnya hanyalah satu untuk memberitahu pada manusia supaya jangan kita lupa pada jasa kedua ibu bapa kita yang membesarkan kita sejak kecil lagi.

Hari ini GR baru terasa ingin luahkan dengan kisah artis GR sebagai penonton setia TV3 boleh kategori baru nak naik berselisih faham dengan ibunya.

Bila GR melihat apa yang dikeluarkan oleh Melodi TV3 menunjukkan kedua-dua pihak ada egonya. Sebaiknya tidak perlu diperbesarkan pada umum tapi disebabkan hasutan Syaitan yang sememangnya suka melihat umat Nabi SAW ini bergaduh sesama muslim, kita sebagai insan yang lemah tak boleh lari dari kesilapan.

GR harap Allah SWT lembutkan hati kedua anak beranak tersebut dan mereka boleh bersua muka mohon maaf antara satu sama lain atas ape yang telah berlaku. Jika benar artis lelaki tersebut cintakan buah hatinya seikhlas hati berfikirlah secara matang jangan ikutkan nafsu. Jika ada niat mahu perhubungan anda berdua ke jinjang pelamin, berdoalah dan restu ibu bapa itu penting dalam untuk berumahtangga.

Betul apa kata pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, sebagai anak, Afiq tidak boleh memburuk ibunya kepada umum walaupun ibunya itu telah membuat kenyataan media yang dia kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon.

"Bertaubatlah pada Allah kerana di antara akibat dan bala yang Dia turunkan pada hambanya dengan segera apabila anak menderhaka kepada ibu dan ayah mereka.

"Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya.

"Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi".

Pada kedua ibu bapa artis lelaki dan wanita tersebut berbaiklah dan buang yang keruk ambil yang jernih. Jangan ada perbezaan pangkat atau darjat untuk memilih menantu, yang penting mereka cukup didikan agama dan boleh hidup berdikari bersama hingga akhir hayat mereka. Doa ibu bapa penting demi masa depan anak-anak.


GR kata: Seorang ibu boleh jaga 10 orang anak, 10 orang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu. Fikir-fikirkanlah....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

Anak said...

Kalau mak bapak kapir sekalipun, kena juga buat baik dgn mrk.
Tiada anak derhaka boleh hidup bahagia, dosa dibalas di dunia lagi, Akhirat apatah lagi.
Adakalanya, anak terasa hati dgn ibubapanya, tp ingatlah,lebih banyak kita menyakiti mrk sejak dr sebelum dilahirkan lagi, dan ingatlah juga kesusahan, kepayahan dan pengorbanan mrk sejak sebelum dilahirkan, tempoh membesar hinggalah dewasa kita, akan kita rasakan bila kita sendiri punya anak.

Jgn derhaka said...

Awek boleh bertukar, boleh datang dan pergi, boleh putus boleh sambung, setengah ada banyak.
Emak ? itu je la satu mak kita, kalau ade mak lain pun, cume mak angkat, atau mak sedara atau mungkin mak tiri, mak kandung satu je.
Bile sakit, susah nanti, ade ke mak we nak jage kita, mak le juge yg akan susah payah utk kite.

Unknown said...

Bachelor said,
Agree with both previous comments by Anak & Jgn derhaka said.Don't be ungrateful son to our parents." syurga di bawah telapak kaki ibu". We should always bearing this precious phrase in mind.Well, try to find our mistakes that disappointed our parents feelings & solve it peacefully. Patuhilah kedua-duanya selagi tidak bercanggah dgn hukum2 agama .Insyallah masalah akan dpt diselesaikan & memuaskan hati kedua-dua belah pihak.....Sayangilah ibu kita walaubagaimana sekalipun sikapnya terhadap kita & ingatlah doa seorang ibu adalah mustajab & menjamin kebahagiaan kita di dunia & labih2 lagi di akhirat...wallahualam

Artikel pelbagai