Wednesday, April 17, 2013

RAKYAT BDR TUN RAZAK TOLONG BUKA MATA, JANGAN DUDUK DITAKUK LAMA! #PRU13


Tranformasi atau perubahan yang dibuat oleh DS Najib Razak memang amat pahit untuk ditelan oleh sesetengah pihak. PM Najib benar -benar dahulukan kepentingan rakyat.

Seluruh negara memerhatikan PM Najib keseorangan apabila ramai yang protes demi kepentingan individu berbanding Najib perjuangankan kepentingan rakyat.

Rakyat Bdr Tun Razak juga harus berfikiran seiring dengan Transformasi yang dibuat oleh PM Najib. Jangan disebabkan calon yang diletak di Bdr Tun Razak ada yang GR dengar tidak gemar dan kenapa PM Najib letak Tan Kok Eng sebagai calon?

Bukan itu persoalannnya, tapi adakah rakyat Bdr Tun Razak masih mahu berikan undi kepada MANUSIA PEMALAS seperti gambar di atas? Undi korang pada Khalid Ibrahim pada PRU12, apa yang korang dapat? Berapa kali dia turun padang jumpa korang? Berapa kali dia datang majlis kahwin korang? Ada ker dia datang nak selesaikan masalah korang?? Siapa sebenarnya yang bantu dan selesaikan masalah di Bdr Tun Razak selama 5 tahun ini?? Korang fikirlah sendiri yer.

Untuk pengetahuan korang, kelemahan pentadbiran Khalid Ibrahim menangani isu masalah air di Selangor dan juga Bdr Tun Razak sudah kita ketahui. Ditambah pula dengan pelbagai helah yang diberikan oleh Khalid Ibrahim, telah membuatkan ramai rakyat Selangor dan Bdr Tun Razak semakin menyampah dengan Pakatan Pembangkang. Korang nak berikan mandat pada Khalid Ibrahim lagi?

Walaupun kerap berkata Selangor tidak ada masalah bekalan air, dan pelbagai rancangan yang telah dirancang dan jalankan, rakyat Selangor masih lagi dibelenggu masalah belakan air. Keperibadian Khalid Ibrahim yang lebih mementingkan politik daripada kesejahteraan rakyat jelata.

Khalid Ibrahim pun tahu nasib yang dia akan terima kali ini di Bdr Tun Razak. Korang tengoklah sendiri apa yang dia kata “Kita kena terima hakikat apabila tidak terpilih dan bermaksud tidak berjaya.... seorang itu hanya boleh menjadi pemimpin selepas rakyat bersetuju memilihnya menerusi pilihan raya.

“Ini tidak jadi masalah untuk saya. Jika tidak terpilih boleh pergi main golf setiap hari,” katanya di sini, semalam.


Kalau rakyat Bdr Tun Razak nak terima nasib yang sama macam 5 tahun ini, undilah Khalid Ibrahim lagi dan korang terimalah nasib yang sama lagi 5 tahun. Pada mereka yang tak nak terima perubahan yang baik, lantak koranglah. Ramai lagi rakyat Bdr Tun Razak yang mahukan nasib mereka dibela.


Pada rakyat Bdr Tun Razak, undilah pemimpin muda ini pada 5 Mei 2013. GR yakin beliau boleh membawa perubahan, pembangunan dan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Bdr Tun Razak. Boleh bekerja keras untuk rakyat seperti yang dibawa oleh PM Najib Razak. Walau siapa pun calon yang diketengahkan, berikan sokongan yang kuat demi ke arah kestabilan negara yang lebih baik.


GR kata: Bukan masa nak sabotaj sebab tak jadi calon. Sayang dan pertahankan negara dari pakatan haprak itu lebih penting!!

No comments:

Artikel pelbagai