Manifesto Barisan Nasional (BN) W.Persekutuan bertema 'Janji Dikota' dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan malam tadi menggariskan empat teras menyasar segmen luas dan berbeza dari segi pendapatan, keperluan dan kehendak warga kota.
Manifesto itu akan memastikan tiada keperluan warga kota yang tertinggal dalam arus mengejar pembangunan menuju Wawasan 2020.
Teras pertama ialah Kesejahteraan Warga Kota dan Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar akan dilancar sebagai permulaan di Putrajaya dan seterusnya dilaksana di seluruh Kuala Lumpur.
Teras kedua ialah Objektif Pembangunan Yang Mampan, termasuk merancang dan menerajui Pembangunan Kampung Baru menjadi kawasan warisan yang moden serta berdaya maju selaras dengan kehendak pemilik dan pewaris.
Tiada Warga Kota Yang Tertinggal merupakan teras ketiga manifesto B Nmelalui keutamaan rumah kos rendah kepada pesara askar atau polis, meneruskan dan meluaskan program sumbangan tunai kepada warga emas serta menambah pemberian dana kepada persatuan belia di W.Persekutuan. Teras terakhir ialah Anjakan Ekonomi Warga Kota dengan menjana 600,000 pekerjaan oleh inisiatif Greater KL dan menyediakan sekurang-kurangnya 2,000 peluang penjaja tetap dan 10,000 peluang penjaja sementara.
Berikut ialah kandungan penuh Manifesto BN Wilayah Persekutuan - Kesejahteraan Warga Kota:
- Menjadikan Wilayah Persekutuan antara 20 bandar raya utama dunia yang paling sesuai dihuni menjelang 2020.
- Meningkatkan khidmat kutipan dan pemprosesan sisa pepejal.
- Lebih 35,000 pokok setahun ditanam untuk Penghijauan Bandaraya sejak tahun 2010 dan angka ini akan ditambah dalam tempoh lima tahun akan datang.
- Sebanyak RM7 juta dana permulaan bagi Skim Keselamatan 1Wilayah Persekutuan bagi membantu penduduk warga kota memerangi jenayah.
- Memastikan parkir khas untuk wanita diperbanyak di sekitar ibu kota, tujuh peratus dari jumlah parkir di semua bangunan komersil di ibu kota.
- Meneruskan usaha mengurangkan kadar denggi dan 59.7 peratus berjaya dikurang pada 2011.
- Melancarkan Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar sebagai permulaan di Putrajaya, dan seterusnya akan dilaksana di seluruh Kuala Lumpur.
- Menyeragam kadar parkir bagi mengelak bayaran terlalu mahal untuk warga kota.
- Menambah klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Perpustakaan 1Malaysia di sekitar Wilayah Persekutuan.
GR kata: Nurul Izzah, Tian Chua 'JANJI' apa sebelum untuk orang KL?
No comments:
Post a Comment