Tuesday, April 16, 2013

PANAS: KHALID SAMAD MINTA HADI AWANG TUKARKAN DIA DARI SHAH ALAM KERANA LELAKI INI?


Bekas anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin bertekad untuk menumbangkan calon pembangkang di Parlimen Shah Alam bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menakluk kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau percaya kejatuhan pembangkang di Shah Alam, yang merupakan ibu negeri Selangor dan paksi kepada kekuatan sesebuah kerajaan negeri di sini, bakal membuka jalan yang cukup luas bagi BN merampas kembali Selangor daripada tangan pembangkang.

"Saya cukup yakin dengan sokongan yang ditunjukkan jentera BN di sini, kita akan jatuhkan calon pembangkang di Shah Alam dan mengembalikan Selangor kepada BN. Saya bersama jentera BN akan merangka strategi terbaik memastikan kemenangan BN," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Maklumat terkini yang GR terima dari sumber rapat dalaman PAS dari kawasan Shah Alam, Khalid Samad meminta Presiden PAS Hadi Awang supaya mengeluarkan dia dari bertanding di Parlimen Shah Alam.

Khalid Samad meminta agar meletakkan dia tak kisah di kawasan mana pun asalkan bukan Shah Alam. Kata budak-budak PAS Shah Alam, "Hadi masih belum terlambat lagi untuk mengeluarkan Khalid Samad kerana watikah belum dikeluarkan, sekarang nie pun jentera PAS agak slow bekerja, jadi kalau Khalid Samad dah bersuara maka Hadi patut ikut"...

Bekas peguam Anwar Ibrahim, Zulkifli nordin akan bertanding menentang Khalid Samad bagi Parlimen Shah Alam. GR juga mendapat pengesahan maklumat dari sumber dalam PAS pusat maklumat yang diterima desas desus Khalid Samad mula gelabah takut kalah dan minta ditukar adalah benar. Terima kasih kerana kerjasama yang diberikan.


GR kata: Aik Khalid, takkan goyang kot?? Hi hi hi....

6 comments:

wan mirul said...

tapi boleh percaya ke ni kalau mng...ai katak oh katak

Anonymous said...

Wan... issunya bukan katak.Apa yg dijulang,apa yg dilaksana,apa yg dipertahankan.Bila buka minda pastinya pandangan jadi luas, rasional dan berjiwa. p/s.. klu katak pun ada guna gak,kurang sikit lalat dan langau nak dekat..paham maksudnya kan.
ngincup,setiawan

Anonymous said...

Sangat boleh percaya kerana dah 4 tahun dia turun padang mendedahkan rancangan jahat anuar dan pas.
Lagi pun Kalau nak kata katak, katak tak lompat pada tempat yg lebih baik. Ni lompat2 Kalau katak boleh rujuk pada lompat kawasan mcm kit siang a.k.a bapak komunis lah.
Takut betul ye lalat hijau dan cai cai yb Zul masuk Shah alam ...he he he

Anonymous said...

yang misai melintang kat blakang tu PAPAGOMO ker ? Aduhhh !
nak hajjak karok, lagu .....oh .....mengapa panggey ujannn !

fairuzzamam said...

memang zul nak hapuskan balaci dap di shah alam,,,ada brani,,,hahhaha

Mustaqim said...

Kalau betul Perjuangan PAS ISLAM, adik Shahril Samad tu nak takut apa? Jelas perjuangan beliau adalah khawarij, meritocracy China dan Kristen! Seharusnya jangan lah melabel diri Melayu Muslim! Lebih baik cakap ke pengundi Shah Alam, sy ni sebenarnya Komunis China - mudah pengundi buat keputusan. Syabas Dato' Zulkifli Nordin. Kami akan beri sokongan penuh.

Artikel pelbagai