Thursday, March 28, 2013

PANAS: FOTO NORA DANISH MANDI BOGEL TERSEBAR?


Segar mata kami pagi ini apabila sebuah babak ranjang Nora Danish & Rusdy Ramli dipertontonkan kepada umum melalui trailer berdurasi 1:32, ‘Mencari Cinta’.

‘Mencari Cinta’, sebuah filem arahan Shirin Hj Khuzaimi mengisarkan Myra lakonan Nora Danish yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi terpaksa dibatalkan apabila teman lelakinya itu terkantol mempunyai teman wanita yang lain. Bagi menutup malu, ibu bapanya terpaksa mengahwinkan Myra dengan seorang jejaka kampung, Razlan Ariffin lakonan Rusdy Ramli kerana segala persiapan kahwin telah siap dan kad jemputan pun sudah diedarkan.

Razlan juga mempunyai kisah cinta yang gelap. Mila lakonan Fauziah Gous telah membatalkan tali pertunangan mereka kerana dia ingin melanjutkan pelajaran.

Bagaimanakah Myra & Razlan dipertemukan?

Semuanya bermula apabila bapa Myra, Tan Sri Johan meminta pertolongan kakak iparnya, Ramlah isteri kepada arwah abangnya, juga ibu kepada Razlan. Menyedari kedua-duanya mempunyai sejarah hitam, Tan Sri Johan bersetuju untuk mengahwinkan Myra dengan Razlan.

Apa pun, idea Tan Sri Johan mendapat tentangan daripada Myra kerana dia memandang jelik terhadap Razlan yang dibesarkan dengan cara kampung. Padanya, lelaki itu tak sama taraf dengannya yang selama ini dibesarkan dengan cara bandar.

Jodoh pertemuan itu di tangan tuhan. Akhirnya Myra tetap berkahwin dengan Razlan. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Razlan bagi menjinakkan isterinya.

Daripada benci, bertukar menjadi cinta. Bagaimanapun, sebuah konflik berlaku apabila Razlan bertemu semula dengan bekas tunangnya, Mila, dan Myra ditagih semula cintanya oleh bekas kekasih, Malek.

Apakah yang akan jadi kepada mereka? Filem ini akan menemui anda pada 25 April 2013. Saksikan trailer selepas ini.



No comments:

Artikel pelbagai