Saturday, March 30, 2013

BOB LOKMAN FRUST DENGAN PAS! TOK SEY DAH KATANYA..!!


Mustahil siapa tidak kenal dengan bekas pelakon dan pelawak terkenal Bob Lokman yang kita juga tahu sekarang sebagai aktivis politik PAS.

Semua sedia maklum penglibatan ustaz dan ustazah celop dalam PAS semakin menjadi sekarang ini. Bila naik ke pentas ceramah pelbagai 'fatwa' baru yang boleh kita dengar, hinggakan kita terfikir adakah ilmu yang sekejap mereka pelajari boleh mengajar balik manusia yang lain?

Baru-baru ini Bob Lokman sudah mula sedar, penglibatan beliau dalam PAS hanya menjadi kambing hitam. Dipergunakan PAS untuk meraih simpati pengundi, biarlah apa yang disampaikan itu tidak perlu kesahihannya yang penting orang dengar percaya.

Bob Lokman mendakwa, orang ramai yang hadir ke setiap ceramah politik Pas juga lebih tertarik untuk mendengar apa yang keluar dari mulutnya berbanding penceramah politik dari parti itu sendiri.

“Apabila saya pergi ceramah orang ramai tertunggu-tunggu bila Bob (Lokman) hendak bercakap, masing-masing penceramah akan bercakap dahulu memberi maklumat dan hasrat parti.

“Saya menjadi penceramah terakhir untuk memancing orang ramai yang datang untuk terus mendengar ceramah, kalau saya yang dahulu bercakap sudah pasti penceramah-penceramah yang lain tiada siapa nak dengar kerana orang sudah balik," katanya.


GR kata: Ramai yang dah sedar perjuangan PAS hanya dimulut saja tu baguslah...

No comments:

Artikel pelbagai