Saturday, February 23, 2013

TUNAIKAN UMRAH MABRUR ATAU UMRAH MALIOBORO - NIK AZIZ


Ulama' tahap apa dah Nik Aziz nie, semakin hari kita lihat dah macam orang tak betul pun ada. Sanggup mengeluarkan 'Fatwa Politik' menghina rakyat Malaysia yang faham dengan erti kesyukuran nikmat yang Allah S.W.T berikan dalam hidup kita.

GR dikhabarkan oleh kawan-kawan dari dalam PAS, Nik Aziz baru saja pulang mengerjakan umrah. Seorang yang pandai dalam ilmu agama dan baru pulang mengadap Ilahi boleh berkata sedemikian. Lihat di bawah :


Mengelarkan manusia seperti binatang!! Apa perasaan rakyat Malaysia yang menerima BR1M ini, sudah tentu tersinggung. Mana Nik Aziz letak otak yang Allah S.W.T anugerahkan kepada kita untuk berfikir dengan matang. BR1M ini diberikan oleh pihak Kerajaan pada semua rakyat Malaysia yang layak menerimanya tidak kira fahaman politik sekali pun. Seharusnya kita bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan pada kita dengan hidup aman damai dan bantuan yang diberikan adalah rezeki dari Yang Maha Esa.

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan daripada Kerajaan Pusat seperti haiwan, jelas merupakan satu bentuk penghinaan kepada rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan itu juga amat keterlaluan dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Menurutnya, Nik Aziz sebagai ulama seharusnya mengajar konsep berterima kasih kepada pihak yang memberi bantuan.

''Beliau juga patut ajar erti bersyukur dengan rezeki yang Allah beri daripada manusia atau pemimpin yang terbuka hati untuk memberi bantuan.

"Jelas kenyataan beliau satu bentuk penghinaan kepada rakyat dan menyamakan mereka dengan haiwan amatlah keterlaluan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang menyamakan usaha Kerajaan Pusat memberikan bantuan kepada rakyat sebagai 'memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu'.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan makanan yang digemari.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, apa yang dinyatakan oleh Nik Abdul Aziz juga boleh dilihat sebagai menolak erti bersyukur kepada nikmat, sebaliknya mengajak kufur kepada nikmat.

"Itulah tanda-tanda ulama akhir zaman yang merosakkan ajaran serta akhlak ummah kerana politik. Beliau juga cuba menanam budaya kebencian melebihi budaya berterima kasih kepada para pengikutnya yang taksub," tegasnya.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada 1,487 anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi dekat sini.

Majlis tersebut julung kali dianjurkan melibatkan pemakaian pangkat semua cabang perkhidmatan ATM secara serentak dan besar-besaran.

Yang turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Pemakaian pangkat itu melibatkan anggota berpangkat prebet ke lans koperal serta anggota lans koperal ke koperal.


GR kata: Pok Nik ni tak takut dosa pahala ka? Pi umrah haji pun macam ni jugak, jeles tak dapat BR1M kot. Hi hi hi....

1 comment:

Anonymous said...

Umrah Tajaan jer kot! Tu yg balik jadi melalut!

Artikel pelbagai