Rasa bersyukur dengan pemberian yang diterima. Inilah yang GR lihat dari air muka penerima BR1M 2.0 tahun ini untuk Parlimen Seputeh.
Majlis penyerahan BR1M 2.0 berlangsung di Dewan Komuniti Sri Petaling hari ini. Disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapha Kamal dan Mrs Nicole Wong.
Seramai 1100 orang penerima BR1M 2.0 di Parlimen Seputeh. Mereka sangat berterima kasih kepada Kerajaan dan PM Najib kerana berikan bantuan seperti pada mereka untuk kali ke 2.
Ada yang GR sempat bersembang dengan seorang pakcik tua berbangsa Cina, dia pertama kali dapat BR1M kali ini. Begitu terhibanya beliau sampai menangis tanda terima kasih dengan bantuan yang diterima. Mereka semua berharap agar BR1M diteruskan untuk setiap tahun kerana dapat membantu mereka dalam urusan keperluan harian.
GR kata: Terima kasih PM
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
1 comment:
Semua org layak...jika cukup syarat...macam org cina dan india...MCA dan MIC...kena main peranan yg lebih sikit....org2 tua...Cina dan India..ramai yg tak reti membaca...cam satu nyonya kat tempat aku...!tolong buatkan....hehehehe
Post a Comment