UMNO akan menubuhkan sebuah institusi dalam usaha untuk memperkukuhkan parti dan melahirkan pelapis kepimpinan baru khususnya di kalangan generasi muda.
Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan institusi itu akan diwujudkan dengan serta-merta.
"Kita tidak perlukan bangunan baru. Kita boleh gunakan semua pusat latihan yang ada.
"Apa yang penting adalah pengisiannya, kokurikulumnya. Ada sejarah mengenai Umno serta nilai-nilai yang baik untuk anak-anak kita.Dan kita akan sediakan barisan yang lebih teguh pada masa akan datang," katanya pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, Sabtu.
Najib berkata, penubuhan Institusi Umno itu nanti khususnya untuk generasi muda merupakan antara cadangan sayap parti iaitu pergerakan Pemuda dan Puteri.
"Kita perlu memperkukuhkan Umno sebagai satu institusi. (Maka) kita akan ada kekuatan minda, ilmu lebih unggul, yang hebat daripada orang lain," katanya.
Pemuda dan Puteri Umno mencadangkan supaya akademi politik dan kepimpinan ditubuhkan untuk golongan belia.
Akademi itu bertujuan untuk menyerap kualiti kepimpinan dalam Umno kepada generasi muda seperti golongan mahasiswa.
Ini akan menjadikan Umno pada masa akan datang bukan sahaja berkuantiti dari segi bilangan penyokongnya tetapi juga berkualiti dalam perjuangan parti.
Sebanyak 42 peratus daripada 13.1 juta pengundi adalah golongan muda.
GR kata: Lahir pemimpin yang berwibawa bukan pemimpin yang otak jalanan.
No comments:
Post a Comment