Saturday, December 1, 2012

#TeaterTunSitiHasmah RAHSIA SEBENAR PENGORBANAN SEORANG PEREMPUAN!!

KUALA LUMPUR, 30 NOV 2012: Bukan pasal mahu duit! Demikian kata produser dan pelakon Datin Paduka Umie Aida tentang dakwaan segelintir pihak apabila syarikat produksinya melanjutkan pementasan Tribute Teater Tun Siti Hasmah - Dari Hati Seorang Perempuan di Istana Budaya bermula 29 November sehingga 3 Disember 2012.

Kata Umie Aida, pementasan Tribute Teater Tun Siti Hasmah - Dari Hati Seorang Perempuan dilanjutkan atas permintaan ramai serta tawaran daripada Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

"Tiada isu nak buat duit atau mencari keuntungan, teater ini dilanjutkan untuk memberi info dan input kepada orang ramai tentang siapa Tun Siti Hasmah, Tun Mahathir. Banyak pengorbanan yang telah mereka berikan kepada negara, terutama orang-orang melayu. Kenali mereka melalui naskhah ini", katanya.

Tambah Umie lagi, jika niat melanjutkan teater ini adalah kerana keuntungan semata-mata, pihak produksi, World Islamic Network Television Sdn Bhd tidak akan menganjurkan Tabung Gaza bagi membantu umat islam di Palestin.

"Bagi persembahan pada jam 3 petang, Sabtu ini, World Islamic Network Television Sdn Bhd akan menyumbang sepenuhnya kutipan jualan tiket bagi membantu umat Islam di Palestin", katanya lagi.

Mengulas mengenai Miera Liyana yang dipanggil untuk menggantikkan tempat Lisa Surihani selama dua hari bermula semalam, Umie memuji usaha yang dilakukakan pelakon muda itu.

"Miera Liyana bekerja keras, dia hafal skrip dalam masa dua hari dan dia berjaya. Saya sangat berterima kasih kepada Miera Liyana," katanya mengakhiri perbualan.

Membariskan beberapa pelakon ternama tanah air antaranya Lisa Surihani, Siti Shahrizah (Eja), Esma Danial dan Nazim Othman, teater arahan Erma Fatima ini, sarat dengan mesej yang memberi inspirasi kepada wanita di segenap peringkat umur.

GR kata: Korang mesti tengok teater ni...baru tau hal sebenar. Jangan duk dengar FITNAH pembangkang jer....

No comments:

Artikel pelbagai