Thursday, September 13, 2012

TRANFORMASI KERAJAAN DIIKTIRAF DUNIA! RAKYAT TOLAK REFORMASI PAKATAN!!

CYBERJAYA: Semua pemimpin Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) yang hadir kali ini begitu teruja dengan apa yang dilakukan kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, mereka bukan saja membuat banyak pertanyaan, malah mereka juga berhasrat supaya boleh menghantar pegawai mereka dalam masa terdekat ini untuk mendalami apa yang sedang dilakukan Malaysia melalui proses Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“Malah, mereka mahu Datuk Seri Idris Jala (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) melawat negara mereka. Ini membuktikan agenda kerajaan dalam transformasi yang sedang kita usahakan ini mendapat pengiktirafan.

“Bukan saja di kalangan negara maju, tetapi negara sedang membangun, di Afrika pun menghargai kita, menunjukkan minat yang tinggi terhadap program dan agenda transformasi,” katanya, di sidang media, di Cyberview Lodge, di sini, semalam.

Delegasi terbabit terlebih dulu diberikan taklimat selama dua jam mengenai program transformasi oleh Idris, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).

Sesi tertutup itu turut dihadiri, antaranya oleh Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe; Perdana Menteri Lesotho, Pakalitha Bethuel Mosisili; Perdana Menteri Swaziland, Barnabas Sibusiso dan Naib Presiden Kenya, Stephen Kalonzo.

Justeru, Najib berkata, sebagai satu langkah ke hadapan, kerajaan menetapkan supaya Razak School of Government akan dijadikan sebagai sebahagian kurikulum mereka.

“Dengan kerjasama pihak Pemandu, mereka boleh memberi kursus jangka pendek kepada pegawai dari negara Afrika dan negara lain yang berminat dengan agenda transformasi kita,” katanya.

Razak School of Government ialah sebuah institusi yang bertujuan menghasilkan golongan ikhtisas dalam bidang pembangunan kepemimpinan reputasi global.

Sementara itu, pada sesi pemukiman bertemakan Hala Tuju Masa Depan Perkongsian Bestari/LID, Najib berkata, tiga tema utama disentuh membabitkan jaminan makanan dan tenaga, media sosial untuk transformasi dan pergerakan global untuk kumpulan sederhana.

“Dari segi jaminan makanan dan tenaga, kita berbincang dengan begitu mendalam. Punca dan masalah dari segi benua Afrika ini, produktiviti mereka dalam bidang pengeluaran makanan terlalu rendah,” katanya. - Metro


GR kata: Kekalkan pembangunan negara yang ada sekarang, jangan ubah pada yang baru...

No comments:

Artikel pelbagai