Kecoh hari nie di media maya, soalan percubaan SPM yang sedang diduduki oleh adik-adik kita telah bocor di laman sosial Facebook. GR bukan ingin menunding jari pada sesiapa, tapi perkara ini harus dipandang serius. Apakah tindakan MP Segambut ini sengaja digembar gemburkan kerana puak-puak pakatan pembangkang sudah kekeringan idea MEMFITNAH pada Kerajaan yang memerintah sekarang.
Pada pandangan GR, kertas soalan yang dibuat oleh guru-guru yang diberikan mandat untuk membuat soalan yang terbaik untuk para pelajar. Kewujudan laman Facebook tersebut GR pelik, bagaimana MP Segambut tersebut tahu dan mungkin ini hanyalah game plan mereka untuk mencari salah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hakikatnya di sini, jika benar soalan tersebut telah bocor...pihak Kementerian Pelajaran masih mempunyai masa untuk menyediakan soalan yang baru pada masa peperiksaan yang sebenar. GR musykil juga macam mana MP Segambut nie boleh tau soalan peperiksaan percubaan nie sama dengan soalan sebenar??
KUALA LUMPUR - Soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bagi Kuala Lumpur dan Selangor, yang berjalan dari 29 Ogos lalu hingga 21 September ini, didakwa sudah tersebar menerusi laman sosial Facebook.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, maklumat tersebut diperolehi daripada seorang guru tuisyen yang memberitahu bahawa pautan kepada soalan itu dimuat turun di Facebook sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek.
''Selalunya mereka akan letak soalan itu sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek, namun apa yang menimbulkan tanda tanya sekarang mengapa tiada tindakan diambil meskipun ada guru sekolah yang mengetahui tentang perkara ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.
Sementara itu, semakan Sinar Harian di laman sosial berkenaan pada awal pagi mendapati terdapat 23,000 orang telah menerima laman tersebut, namun selepas maklumat mengenainya tersebar di media, laman itu telah tiada pada jam 3 petang tadi. Hasil semakan itu mendapati terdapat 10 subjek yang didakwa kertas percubaan SPM sebenar peperiksaan telah dimuat turun di laman tersebut.
“Saya harap pihak berkuasa termasuk Kementerian Pelajaran dapat menyiasat dan mengenakan tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat kerana kertas percubaan yang dimuat turun adalah 99.9 peratus tepat seperti soalan sebenar,” katanya. - SH
GR kata: Mohon pihak berkuasa siasat kesahihan perkara nie...Pada MP Segambut lain kali study dulu kasi habis sebelum cakap...jangan jadi budak sekolah yer! Hi hi...
Published with Blogger-droid v2.0.9
1 comment:
soalan percubaan je pun...bukan soalan sebenar...
Post a Comment