Saturday, September 15, 2012

Foto Menarik Putera William Dan Kate Di Malaysia Imbau Kenangan Puteri Diana


Semua sedia maklum ketika ini, Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton sedang berada di Kuala Lumpur. Mereka hadir ke Malaysia adalah merupakan sebahagian program jelajah pasangan diraja berkenaan sempena sambutan Jubli Intan, menandakan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth.

Putera William dan Kate mencatat sejarah apabila mereka berdua melawat ke Masjid As Syakirin, Kuala Lumpur yang boleh memuatkan jemaah Islam seramai 12,000 orang.

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah penampilan Kate dalam lawatan mesra itu seperti mengimbas kembali memori mendiang ibu mertuanya, Puteri Diana sewaktu 20 tahun yang lalu. Kate tampil memakai gaun berwarna kelabu cair dengan memakai selendang sewaktu masuk ke dalam masjid di bandaraya Kuala Lumpur itu.

Penampilan Kate itu ternyata sama dengan penampilan mendiang Puteri Diana sewaktu ibu mertuanya itu mengadakan lawatan ke sebuah Masjid di Egypt pada tahun 1992. Kate juga jelas menunjukkan rasa hormat dan sensitiviti umat Islam sama seperti yang ditunjukkan oleh mendiang Puteri Diana.

Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isterinya, Catherine Middletone menguntumkan senyuman ke arah orang ramai yang menunggu kehadiran mereka di Taman KLCC, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat. Kira-kira 3,000 peminat berkumpul untuk bertemu pasangan diraja Britain itu.






GR kata: Bilalah dapat pergi London yer...Hi hi hi

No comments:

Artikel pelbagai