Tuesday, May 8, 2012

HARI BELIA NEGARA TAHUN INI BAKAL DISAMBUT MERIAH!! @HariBelia2012 #HBN2012


Pada tahun ini Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mensasarkan kehadiran golongan Belia pada Hari Belia Negara 2012 yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2012 akan datang adalah seramai 2 juta Belia berkunjung di karnival ini dan ianya sebagai antara 10 karnival tahunan terbesar di dunia.

Golongan Belia diberikan penghormatan dengan sambutan ulangtahun Hari Belia Negara pada 15 Mei setiap tahun. Ianya disambut adalah kerana menghargai golongan Belia yang merupakan pelapis pada kemajuan negara.

Pada tahun ini Kementerian Belia dan Sukan Malaysia memilih lokasi Sambutan Hari Belia Negara di ruang legar pusat beli belah Sunway Piramid pada 15 Mei 2012. Sambutan ini akan bermula pada jam 10 pagi hingga 5.30 petang dan akan dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ayuh anak muda sama-samalah kita hadir ke majlis pelancaran ini tanda sokongan kita sebagai Belia Negara sekaligus memeriahkan lagi majlis pelancaran ini nanti.

Hari Belia Negara pada tahun ini juga akan disambut dengan gilang gemilang dengan pelbagai acara kemuncaknya pada 23 hingga 27 Mei 2012 berlangsungnya Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya. Himpunan ini adalah antara himpunan yang terbesar di dunia, di mana terdapat lebih 500 acara yang akan diadakan dan 24 pentas disediakan kepada para Belia bagi mengasah bakat dan kemahiran mengikut apa saja bidang yang mereka minati. Keterangan lanjut boleh layari laman web HBN2012



GR kata: Ayuh anak muda ramai-ramailah ke Himpunan Jutaan Belia Putrajaya pada 23-27 Mei 2012 ini. Ajak kawan-kawan, sedara mara, adik, kakak, abang semua....

No comments:

Artikel pelbagai