Wednesday, May 9, 2012
PANAS: KENAPA PUTERI INI BERSEDIH..?? @Rosnah_ARS
Ahli Pergerakan Puteri UMNO yang terdiri dari kaum wanita berasa begitu tersentuh apabila mendengar luahan ikhlas Che Tom Yahaya, 78, mengenai sikap anak lelakinya Azmin Ali yang kini menjadi pemimpin parti pembangkang, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin.
Beliau berkata, Azmin selaku Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pemimpin pembangkang yang mempunyai penyokong serta ibu seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat.
“Ini adalah luahan hati ibu yang telah mengandungkan dan membesarkan beliau. Puteri UMNO harap Azmin ambil iktibar dan cuba perbaiki hubungan dengan keluarga dari terus menyalahkan orang lain dan menyamakan semua perbuatan dengan agenda politik.
“Puteri UMNO sebagai wanita dan ibu amat sedih mendengar luahan hati Che Tom dan kesal apabila agenda atau perbezaan politik dijadikan sebagai alasan meruntuhkan sebuah institusi keluarga. Itu adalah jelas luahan hati seorang ibu yang amat sedih dengan kejadian yang menimpa keluarga beliau dan harapan seorang ibu yang mahukan perhatian dari anaknya sendiri,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Rosnah seterusnya berkata, Azmin sebagai seorang anak harus ingat bahawa keredhaan dari ibu adalah penting untuk menghadapi kehidupan dunia dan akhirat kelak. Sehubungan itu juga, kata beliau, Puteri UMNO meminta supaya Azmin tidak mengaitkan masalahnya dengan keluarga dengan perbuatan UMNO sebagai jalan keluar kepada pendedahan ibunya seperti yang disiarkan media baru-baru ini.
Menurut beliau, Puteri UMNO berasa kesal dengan dakwaan Azmin bahawa wawancara ibu Azmin dengan media adalah plot cerita yang direka oleh UMNO untuk menyerang beliau. Tambah beliau, dakwaan Azmin itu satu tohmahan sempit untuk cuba mengatakan bahawa UMNO ada kuasa untuk mempengaruhi hubungan darah daging antara ibu dan anak sedangkan ia adalah hubungan kekeluargaan.
“Puteri UMNO menegaskan bahawa UMNO tidak ada kena mengena dengan isu tersebut. Terbukti pemimpin pembangkang ini tersepit akibat perbuatan beliau sendiri dan rakyat sudah makin pandai menilai dan akan melihat seseorang pemimpin itu dari pelbagai sudut,” katanya lagi. – mynewshub
GR kata: Janganlah kita terguris hati seorang ibu takut nanti tak cium bau Syurga....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment