Monday, May 7, 2012

TAHNIAH @saifnasution BERJAYA MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI..!!


Berita 1 :

PASIR MAS – Ketua UMNO cawangan Kubang Bunggor, Mohd Nor Halim mengakui terkejut apabila cawangan diketuainya itu dikaitkan sebagai cawangan parti yang turut dianggotai Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

“Saya kenal semua ahli Umno cawangan saya dan setahu saya, tak pernah pun Datuk Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi SPR daftar jadi ahli di cawangan ini,” katanya dalam pertemuan dengan Sinar Harian, di sini, semalam.


“Jadi apabila Datuk Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) sebut nama Datuk Wan Ahmad sebagai ahli Umno cawangan ini, saya tahu dia sudah tersilap, tertukar dengan Tok Wan Mat (Wan Ahmad, peniaga kedai makan),” katanya sambil tertawa.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Mukim Tasek Raja, Rustam Ab Rahman pula menyifatkan tindakan mengaitkan nama Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai ahli Umno semata-mata cubaan menjatuhkan kredibiliti SPR dan juga pentadbir itu sebagai pegawai kanan suruhanjaya.

“Jika Timbalan Pengerusi SPR atau UMNO tidak ambil tindakan menjawab dakwaan ini, orang ramai akan percaya sekali gus memburukkan imej SPR sebagai badan pengurus pilihan raya yang bebas dan berkecuali,” katanya.


Berita 2 :


PASIR MAS – Wan Ahmad Wan Omar, ahli UMNO cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas, yang menjadi perhatian ekoran pendedahan isu keahlian UMNO oleh Setiausaha Agung PKR baru-baru ini, sebenarnya bukan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan oleh itu, dia melahirkan simpati dengan Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurut Wan Ahmad, dia perlu menjelaskan hal sebenar setelah nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 disebut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai milik Timbalan Pengerusi SPR. Saifuddin mengaitkan nombor kad pengenalan lelaki itu sebagai dakwaan bahawa Datuk Wan Ahmad ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas.

“Sebenarnya, ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor adalah saya, dan nombor kad pengenalan itu milik saya,” kata Wan Ahmad, peniaga kedai makan yang ditemui Sinar Harian, semalam.

Wan Ahmad berkata, meskipun kenyataan Saifuddin tidaklah menjejaskan dirinya, namun dia berasa simpati kepada Datuk Wan Ahmad yang dituduh ahli UMNO hanya sebab nama sama dengannya.

“Saya tak peduli dengan penafian dibuat. Saya telah kemukakan bukti. Jika bukti saya salah, kemukakan yang benar. Itu persoalan utama,” katanya.


GR kata: Inilah dia orang kata bodoh sombong...cakap main petik jer, senang betul jadi Pakatan Haprak ni kan??
 

No comments:

Artikel pelbagai