Tuesday, May 8, 2012

KELUHAN: APA NAK JADI DENGAN AWEK MELAYU SEKARANG??


Gadis Melayu terakhir, itulah yang biasa kita ungkapkan. Adakah ungkapan ini semata-mata untuk mengayat atau sebaliknya. Perwatakan gadis Melayu sememangnya menjadi tarikan semua orang, baik Melayu, Cina dan India. Bangsa asing seperti mat saleh dan sebagainya turut jatuh hati dengan gadis Melayu. GR faham tidak semua gadis Melayu perwatakan mereka seperi gambar di atas, betul tak??

GR yang melihat gambar ini turut sedih dengan perwatakan gadis Melayu sekarang. GR tidak menyalahkan semua gadis Melayu, tetapi segelintir mereka yang berperwatakan buruk sebegini boleh mencalarkan nama baik gadis Melayu yang lain. Di manakah hilangnya nilai-nilai murni mereka ini?? Kalau kita lihat dari segi luaran sememangnya baik menutup aurat dengan sempurna, tetapi dari segi perwatakan dalaman haruskah mereka berperangai sebegini?? Fikir-fikirkanlah....


Itu belum lagi kita lihat dalam demontrasi jalanan baik himpunan Hijau atau pun Bersih 3.0. Apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh gadis Melayu ini?? Nilai-nilai murni dalam diri mereka hilang dengan terpekik terlolong, maki hamun dan sebagainya. Bukankah sedih gadis Melayu berperangai buruk sebegini?? Kepada pembaca yang budiman, renung-renungkanlah...apakah gadis Melayu ini juga kebanyakkannya sudah terpesong dan termakan janji manis Pakatan Haprak yang hanya menggunakan mereka demi kepentingan politik mereka saja....


GR kata: Perwatakan yang baik menunjukkan sifat diri seseorang wanita....

1 comment:

Anonymous said...

budak tu tahu tak, apa makna lambag yg dia buat tu?

Artikel pelbagai