Saturday, May 12, 2012

PANAS: PUAK PAKATAN BERDARAH HIDUNG?? #UMNO66 LEBIH 120,000 YANG HADIR!! @TengkuAdnanReal


Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata UMNO sebagai sebuah parti yang menghormati undang-undang berjaya menganjurkan perhimpunan raksaksa secara aman yang dihadiri lebih 120,000 ahli dan penyokong parti itu tanpa menimbulkan sebarang insiden kekecohan.

DS Najib juga menyebut, sesetengah pihak termasuk pembangkang sengaja mencetuskan huru-hara bagi menggambarkan kepada masyarakat luar kononnya Malaysia sebuah negara yang zalim dengan menganjurkan perhimpunan jalanan yang bertentangan dengan undang-undang.

"Mereka tolak tawaran kita untuk guna stadium sebagai tempat berhimpun kerana mereka nak merempuh, berbalah, tendang dan terajang pihak polis".


"Kalau tak ada pergeseran, tak keluarlah cerita dalam CNN, Al-Jazirah ataupun BBC. Mereka nak tunjuk kononnya kita kerajaan yang zalim. Mereka tidak hormati undang2 negara,"

Kenyataan DS Najib itu dilihat merujuk kepada perhimpunan haram Bersih 3.0 yang berakhir dengan insiden rusuhan di ibu negara pada 28 April lalu.



Tegas Presiden lagi, UMNO sebagai parti yang menjadi tonggak pembangunan negara bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak rela melihat tindakan sesetengah pihak yang didalangi pembangkang memburuk-burukkan negara.

"Bagaimana perasan polis yang dipukul, ada yang saya temui dipukul dengan kayu lisut. Inikah cara orang yang bertamadun, yang jaga imej Malaysia??



GR kata: Elok jer berhimpun di stadium...tak masalah apa-apa pun. Apa yang tak sempat yer Ambiga??

No comments:

Artikel pelbagai