Thursday, February 2, 2012
TERKINI: KPN TIBA DI KLIA!! Sihat Wal'afiat Jer Tu...
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tiba di tanah air pada Khamis selepas melakukan lawatan kerja lima hari ke London bersama polis United Kingdom, sekaligus menamatkan khabar angin berhubung kematiannya.
Ismail, ketika ditemui kumpulan wartawan yang menanti kepulangan beliau di Lounge VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira pukul 8 pagi, kelihatan sihat dan ceria serta bersalam-salaman dengan mereka yang hadir.
"Tidak ada apa-apa. Saya bersyukur dapat kembali ke tanah air," katanya yang tiba di tanah air dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).
Ketibaan beliau disambut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan beberapa pegawai kanan polis Bukit Aman.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Isnin lepas menafikan khabar angin bahawa Ismail telah meninggal dunia di London.
Sebelum ini, khabar angin kononnya Ketua Polis Negara meninggal dunia ketika membuat lawatan kerja di London tersebar di laman sosial Facebook dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Ismail berkata, beliau berharap agar tiada lagi fitnah ditimbulkan terhadapnya kerana tindakan sedemikian tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak.
Mengenai lawatannya, beliau berkata, pengalaman di London banyak memberi manfaat tentang hal kepolisan yang dapat dikongsi dengan pihak polis di negara ini.
Ismail berkata, pihaknya mengadakan perbincangan dengan polis Kosmopolitan di London selain melawat beberapa tempat pameran polis, persiapan Sukan Olimpik,termasuk mengenali peralatan canggih yang digunakan polis pada masa kini di negara itu.
"Saya rasa ia satu peluang terbaik untuk kita menimba pengalaman di sana," katanya.
Sementara itu, Khalid ketika ditemui berkata, pihak polis mengenal pasti duasuspek dan keterangan mereka telah diambil bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat palsu kematian Ketua Polis Negara itu.
Beliau berkata, kedua-dua suspek itu, dari Pulau Pinang dan Ipoh, Perak, tidak ditahan dan hanya keterangan diambil.
"Saya tidak dapat dedah lagi secara terperinci kerana polis masih lagi mengesan asal-usul SMS maklumat itu," katanya. - BERNAMA
Seterusnya baca di sini
GR kata: Hal kematian janganlah dibuat main...pada yang sampaikan berita palsu tu tunggu jelah yer...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment