Siapa Pula Tan Seng Giaw Ini Hendak Mempersoalkan Keimanan Orang Islam?
Baginda Rasullullah s.a.w bersabda bahawa umat Islam di akhir zaman kelak akan mendengar perkara-perkara 'ajaib' yang tidak pernah didengar oleh orang-orang terdahulu. Benarlah sabda baginda s.a.w. tersebut. Pembaca renung-renungkanlah....
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, jika Hasan seorang yang baik dan beriman, beliau tidak menuduh PR bercita-cita, mahu menjadikan Malaysia negara republik, sekali gus menggugurkan Perkara 153 Perlembagaan Negara yang menjamin hak dan keistimewaan orang Melayu.
“Tuduh itu tidak logik, jauh panggang dari api. Dia hanya mahu mengapi-apikan sentimen rakyat supaya membenci PR,” tegasnya.
“Sekarang dia cakap ikut sedap mulut saja, tipu orang sana sini, seolah-olah dia tahu semua perkara. Orang macam ini tak boleh pakai sebab suka menipu,” katanya Ahli Parlimen Kepong itu.
Menurutnya, jika Hasan seorang yang beriman, beliau tidak akan melemparkan tuduhan melulu serta tidak berasas terhadap orang lain.
“Saya mewakili DAP menafikan tuduhan beliau. Kita semua tahu kenapa dia dipecat.
“Kalau Pas sendiri pecat Hasan, kita pun tahu Hasan jenis orang macam mana dan sekarang siapa dia untuk bercakap tentang Pas? Beliau tidak ada jawatan lagi dalam Pas dan kenyataannya tidak menggambarkan kenyataan parti itu,” tegasnya.
Seng Giaw berkata, bukan sahaja Pas, malah DAP dan PKR juga berjuang pertahankan Perlembagaan Negara.
“Hasan hendak cari populariti sebab itulah tuduh kami macam-macam. Sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, keutamaan kami adalah mempertahankan kedaulatan undang-undang, bukan meminda.” katanya. SH
Kita lihat bagaimana seorang kafir DAP rasis yang anti Melayu dan anti Islam berbicara tentang 'keimanan' seorang beriman seperti Hasan Ali di atas platfom politik. Bukankah berbicara tentang Islam itu terletak dalam diri orang Islam itu sendiri kerana dengan sikap dan ajaran Islam yang dibawa itu melambangkan sikap seseorang itu sekaligus boleh menarik orang memeluk Islam.
Dalam konteks ini, di manakah PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam. Di mana pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang beragama Islam kenapa tidak bersuara dengan statement pemimpin DAP ini yang sengaja mencetuskan perkauman. Siapa mereka untuk 'mendakwah' tentang Islam?? Semakin pelik dengan pergolakan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat sekarang ni pun dah tak 'sebulu', macam mana nak memimpin negara. Hanya yang mereka tahu...jalan menuju ke Putrajaya. BOSAN!!!!
GR kata: Sayangilah Islam!! Janganlah cemarinya dengan bau yang busuk!!!
No comments:
Post a Comment