Thursday, February 2, 2012
Sokong Israel...UMNO Juga Yang Salah???
Keadilan Daily baru-baru ini memetik kenyataan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. bahawa kenyataan P. Anwar itu adalah selari dengan pendirian Hamas dalam prinsip Penyelesaian Dua Negara.
Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu Palestin-Israel adalah selari dengan Inisiatif Keamanan Arab, malah didokong gerakan Islam seluruh dunia termasuk Hamas- sebuah gerakan yang mempelopori perjuangan rakyat Palestin.
Kenyataan Anwar, yang disiarkan oleh Wall Street Journal melalui satu wawancara 26 Januari lalu bagaimanapun diputarbelitkan media milik Umno, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
“Hamas pernah menyatakan kebarangkalian untuk melihat realiti kewujudan dua buah negara yang berasingan, tetapi pemimpin Hamas mahu memastikan Israel benar-benar jujur untuk mengiktiraf negara Palestin menurut Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1967"
Persoalannya sekarang, Hamas?
Pembaca boleh fikir logik, macam mana Hamas yang melancarkan serangan roket hampir setiap hari ke kawasan yang dikuasai Israel boleh dikaitkan dengan cuba melindungi keselamatan Israel? Itu bukan setakat nampak tidak logik, malah juga tidak masuk akal sama sekali...
GR kata: Masih ada manusia yang sanggup mempertaruhkan negara dengan Yahudi semata-mata ingin capat impian syok sendiri. Fikir-fikirkanlah!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment