Sunday, January 29, 2012

Apa Lagi Si Anwar ni Meroyan?? Sudah-sudah la tu...


Ketua Pembangkang menegaskan, pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi dan kenyataannya juga tidak berbeza daripada pendirian dasar luar Malaysia dalam isu Israel-Palestin.

"Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut, malah pastinya digilap dan diperkukuh," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan lewat petang ini - beberapa jam selepas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada pihak-pihak yang cuba memutar belit kenyataannya berkenaan Israel dalam satu wawancara bersama Wall Street Journal, kelmarin semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya beliau "mengkhianati aspirasi rakyat Palestin."

Dalam kenyataannya, Anwar berkata, "saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin."

"Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

"Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati," katanya lagi. - SH

Pada pandangan GR senang saja, kita fikir secara logik. Kenapa Anwar nak marah melenting bagai kata jangan putar belit kenyataan beliau dengan pihak Israel. Kalau kenyataan itu tak dibuat kenapa ada bukti?? Masih nak nafikan lagi ker wahai Hj Anwar oiii?? Pembaca lihat di bawah kenyataan yang dikeluar oleh akhbar Israel...


Nampak tu, beliau menyokong apa yang dibuat pihak Israel terhadap negara Palestin. Apa citer ni?? Walhal seluruh negara di dunia ini mengutuk perbuatan kejam yang dilakukan oleh pihak Israel ini. Negara kita Malaysia juga turut bersimpati dan menghantar bermacam bantuan ke sana sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat Islam di Palestin.

Kalau nak tunjuk yang Anwar ni bersekongkol dengan Israel memang rakyat Malaysia dah tau tapi beliau masih nak putar belitkan keadaan. Ada juga yang percaya kata-kata si 'Anugerah Tuhan' ni yer.. Isk isk isk..


Pembaca lihat gambar di atas jawatan Anwar dalam rangkaian Yahudi ni...Pembaca nilailah sendiri!!!


GR kata: Dalam Al-Quran pun menyebut, kaum Israel adalah kaum yang dilaknat Allah S.W.T dan bumi pun tak nak terima mereka ni. Tapi masih ada yang nak bersekongkol sebab gila kuasa nak jadi Perdana Menteri ke 7. Renung-renungkan....

No comments:

Artikel pelbagai