Wednesday, November 13, 2013

MANUSIA LEBIH RAMAI NAK CEPAT DAPAT 'SYURGA' DARI IKUT PERINTAH ALLAH S.W.T! @NajibRazak @Zahid_Hamidi @dsjamilkhir


Pertama sekali GR ingin mohon maaf kepada pembaca blog ini kerana beberapa hari kebelakangan ini blog ini tidak boleh dibaca atas masalah teknikal. Disebabkan kesibukan urusan kerja yang membuatkan GR tak dapat menumpukan sepenuh masa untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih atas sokongan dari pembaca semua.

Kita sedar sekarang ini semakin hari semakin ramai manusia mengejar sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Apakah suatu perkara yang mereka kejar itu sudah pasti mendapat pulangan yang memuaskan? Jika kita mengejar untuk menjadi kaya dan berjaya dalam hidup sudah tentu kita atas berusaha bermati-matian dengan pelbagai cara untuk mencapai impian kita...betul tak?

Dalam kita sibuk mengejar cita-cita adakah kita sedar dan ingat akan kepada Yang Pemberi Rezeki pada kita. Adakah cara kita membuat sesuatu perkara mengikut hukum hakam yang berlandaskan Al-Quran? Perkara ini tanyalah diri kita sendiri.

GR sebenarnya sedih dengan umat Islam sekarang ini. Mereka seolah-olah lupa akan ajaran Islam yang sebenar. Bukankah Allah S.W.T menyebut jika ingin berjaya dunia akhirat, kita perlu ikut perintah Allah S.W.T dan ikut sunnah Rasulullah S.A.W. Kenapa masih ramai manusia mudah terpesong dengan ajaran yang diajar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Adakah perkara seperti ini juga kita mahu menyalahkan Kerajaan kerana tidak peka dalam membela agama, bangsa dan negara? Isu ajaran sesat ini sudah lama terjadi di mana-mana. Dari al-alqam, ayah pin, Syiah dan hinggalah terbaru 'Tuhan Harun'. Setiap hamba Allah S.W.T memang inginkan Syurga tapi adakah dengan cara yang singkat kita boleh perolehi Syurga itu?

Lebih menyedihkan, ajaran sesat ini terpengaruh pada manusia yang cetek pemikiran mereka tapi juga ramai dikalangan yang cerdik pandai boleh terpesong. Semua perkara ini terjadi adalah disebabkan Iman kita sebagai umat Islam terlalu lemah. Umat Islam berpecah belah dan tidak menghormati antara satu sama lain.

Umat Islam sendiri sanggup bunuh-membunuh untuk merasakan mereka itu betul. Dalam kes bunuh penguatkuasa di Kuantan ini sumber memberitahu GR, golongan ajaran sesat ini lebih kurang sama dengan golongan Syiah. Bunuh saudara Islam yang sebenar adalah 'Halal' pada mereka. Dunia akhir zaman kita seharusnya perlu lebih bijak menilai mana yang baik dan buruk. Hanya ajaran Al-Quran yang menjadi pedoman hidup kita.

Vokalis kumpulan Mega iaitu Rahmat Tohak merupakan antara artis yang pernah diperdaya oleh individu yang dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’ melalui satu skim pelaburan beberapa tahun lalu.

Rahmat, 44, yang popular dengan lagu Bayangan Gurauan berkata, individu berkenan iaitu Harun Mat Saad, 47, memintanya melabur sebanyak RM6,000 sebagai modal permulaan untuk satu skim pelaburan selain menjanjikan akan mendapat keuntungan sebanyak RM30,000 dalam masa yang singkat.

“Selepas menunggu sehingga waktu yang dijanjikan, wang RM30,000 itu tidak saya terima manakala individu berkenaan pula melarikan diri. Akhirnya saya tahu yang saya sudah diperdaya,” katanya kepada mStar Online.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin menggesa pengikut Tuhan Harun agar menyerah diri kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abd Malek, Ahad lalu.

Harun, yang menggelar dirinya sebagai Tuhan Harun ketika ini berada dalam tahanan polis selepas gagal dalam ikat jamin melibatkan pelbagai kes penipuan selain menubuhkan kumpulan ajaran sesat.


GR kata: Masuk Syurga bukan dengan bunuh orang atau undi parti politik ni yer. Renung-renungkan...selamat beramal!

No comments:

Artikel pelbagai