Thursday, November 14, 2013

TABIK SPRING PADA AWEK-AWEK CUN DALAM POLIS #opscantas @PDRMsia @Zahid_Hamidi


Siapa sangka golongan wanita zaman sekarang ini lebih kurang setanding dengan golongan lelaki. Mereka tidak lagi dipandang 'Low Class' seperti dahulu dan cakap-cakap mengatakan golongan wanita hanya sesuai di dapur adalah meleset. Adakah wanita sekarang lebih berani daripada lelaki? Adakah semangat wanita sekarang ini setanding denga lelaki? GR rasa jawapanya ada pada diri kita sendiri.

Lihat sekarang dalam kepimpinan negara atau pun sebuah organisasi  golongan wanita mampu untuk menjadi seorang pemimpin atau pun mentadbir. Kepintaran dan keberanian yang Allah S.W.T ciptakan untuk golongan ini dipandang serta disambut baik oleh semua lapisan masyarakat. Impaknya juga sangat baik, dan memang benar wanita dan lelaki memang tidak dapat dipisahkan.

GR tabik spring pada Menteri Dalam Negeri yang memberikan sokongan penuh pada golongan wanita lebih-lebih lagi penglibatan mereka dalam pasukan Polis. Wanita yang menceburi bidang kerja ini bukan saja ditugaskan untuk membuat kerja-kerja pejabat tapi penglibatan mereka dalam operasi khas Polis memberikan input dan hasil yang baik.


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Ops Cantas Khas Wanita yang dikendalikan pegawai dan anggota polis wanita bagi mendekati golongan pelajar sekolah menengah dan suri rumah daripada dipengaruhi anasir kongsi gelap.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hasan berkata Ops Cantas Khas Wanita itu dilancar semalam di seluruh Lembah Klang, bagi memudahkan polis mendekati golongan pelajar sekali gus membanteras pengaruh kongsi gelap.

Beliau berkata terdapat maklumat mengenai cubaan kongsi gelap merekrut pelajar sekolah menengah untuk menyertai mereka dengan menawarkan habuan berupa wang ringgit.

"Kita terima maklumat ada cubaan kongsi gelap seperti geng 36, 08 dan 04 untuk rekrut ahli baharu terutama budak sekolah, jadi kita cantas awal," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan Ops Cantas Khas Wanita di Jalan Rejang, Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Abd Jalil berkata selain itu pegawai dan anggota polis wanita itu juga turut berperanan mendekati golongan suri rumah serta memberi penerangan mengenai langkah pencegahan jenayah dan keselamatan.

Beliau berkata buat permulaan Ops Cantas Khas Wanita ini hanya diperkenalkan di sekitar Lembah Klang sebelum ia diperluaskan ke kawasan kontinjen negeri.

Menurut Abd Jalil, Ops Cantas Khas wanita ini juga akan beroperasi di sebelah siang dengan memberi fokus kawasan sekitar perumahan dan sekolah menengah yang berpotensi menjadi sasaran kongsi gelap.
"Saya amat berpuas hati selepas Ops Cantas dilancarkan 17 Ogos lalu, polis berjaya mengurangkan kadar jenayah kekerasan sebanyak sembilan peratus manakala penurunan enam peratus bagi jenayah harta benda. Ini sesuatu yang membanggakan," katanya.

Ditanya mengenai tangkapan membabitkan pelajar sekolah menengah dalam Ops Cantas Khas sejak ia dilancar 53 hari lalu, Abd Jalil berkata terdapat beberapa pelajar yang ditahan dan kes dirujuk kepada pihak sekolah dan ibu bapa. Beliau berkata pembabitan ibu bapa dan guru perlu digembleng bersama-sama bagi memantau pergerakan anak-anak mereka daripada terlibat dengan aktiviti kongsi gelap.

Tapi sayang masih ada mereka yang mulut longkang tidak mengikhtiraf kerja Polis ini dikalangan wanita. Jangan ingat wanita tak ada buat jenayah...dengan adanya pasukan Polis Wanita, lebih senang tugas untuk membanteras jenayah dikalangan wanita yang kebanyakkan menjadi mangsa keadaan.

Mula-mula sedap ikut suka-suka, lama-lama jadi kepala gangster. Syabas dan tahniah pada Menteri  Dalam Negeri yg baru, pasukan Polis dan KDN yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk semua golongan baik anggota dan juga masyarakat. Teruskan....sudah pasti rakyat menyokong tindakan bijak ini.


GR kata: Wanita berani tangkap penjenayah tapi ada juga lelaki yang lembik suka main masak-masak dan make up sana sini! Cam ner tue???

No comments:

Artikel pelbagai