Saturday, November 16, 2013

BETUL KER ADA TIMB. KETUA UMNO BHGN DI PERAK KANTOI DENGAN SPRM DI LCCT?? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @ZambryAbdKadir

Betul ke maklumat GR baru terima ada sorang Timb. Ketua Bahagian di Perak ditahan oleh SPRM atas kesalahan beliau dalam politik masa musim pemilihan yang lepas? 

Benarkah beliau gunakan kekayaan yang ada untuk mencapai kemenangan jawatan yang diinginkan? Tak cukupkah dengan jawatan yang beliau miliki dalam GLC sekarang? Manusia gilakan kuasa adakah mereka ini layak dipanggil pemimpin?

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua. Betul juga peribahasa nie kan. Apa yang diberitahu pada GR, memang syok jadi orang-orang si Timb. Ketua Bahagian nie. Beliau bawa orang-orangnya ke Bandung, lepas tue siap bagi 'Poket' RM5000 sorang..betul ke??

Kantoi pula dengan SPRM di LCCT bila balik dari Bandung. Beliau dan lebih kurang 10 orangnya ditahan untuk soal siasat kes politik wang nie.

Bila dah kantoi boleh pula mintak tolong dengan DS Husni Hanazlah. Kenapa macam tue pulak? Berani kerana benar, takut kerana salah la kan. Kenapa perlu nak mintak 'Wahyu' untuk backup diri sendiri. Sendiri buat sendiri tanggung maaa....

Sampai bilalah UMNO nak selesaikan masalah politik wang nie. Rasuah ke ape namanya semuanya sama, gunakan duit untuk dapatkan sesuatu jawatan. Jika benar perkara ini berlaku, Badan Disiplin UMNO perlu siasat dan ambil tindakan. 

Jangan sibuk nak simpan manusia yang macam nie sebab dia akan menghancurkan UMNO. Nak menang PRU14, UMNO perlu transformasi ke semuanya...jangan cakap jer lebih buatnya tak!!


GR: Jangan jadi hamba duit, taik duit...apa pun tak boleh!!!


Sent from Samsung Galaxy Note

1 comment:

Anonymous said...

kasi dedah trus bhgian umno mana..

Artikel pelbagai