Wednesday, July 31, 2013

Jenayah Makin Menjadi Ada Juga Yang Tak Guna Otak! Macai Oh Macai! @Zahid_Hamidi @NajibRazak


Kita lihat sekarang jenayah makin menjadi-jadi di negara kita. Kes tembak sana sini sudah jadi seperti negara luar dan masyarakat sekarang hidup dalam keadaan yang takut dan tidak tenteram. GR sendiri pun kadang-kadang takut untuk keluar ke rumah, yelah mungkin kita jadi mangsa sesat disebabkan manusia sekarang sanggup buat apa saja DEMI WANG.

Inilah yang rakyat terima bila undang-undang dahulu yang sudah elok digunapakai telah digubal. Pemansuhan EO, apa yang kita dapat? Rakyat hidup dalam keadaan ketakutan ker? GR yakin ada pihak yang bertepuk melonjak gembira dengan pemansuhan EO ini. Sebab mereka boleh buat apa saja, 'business' mereka bawak masuk keluar 'barang' senang lenang macam tu saja. Apakah Malaysia tiada lagi undang-undang yang ingin diperketatkan ker?

GR terbaca blog pencacai pakatan nie, dia ni nak kata tak guna otak pun ye jugak. Mempersoalkan negara luar dengan Malaysia seperti yang dinyatakan Menteri KDN sekarang. Apa yang dinyatakan DS Zahid Hamidi ada benarnya. Blogger pakatan ni boleh jamin ker kalau Menteri KDN dari pakatan haprak yang diberi tanggungjawab, adakah kadar jenayah confirm turun.

Sekarang ni siapa yang selalu timbulkan provokasi melampau, dan itu bukan dalam kategori jenayah permulaan ker? Korang nak tau pandai ke bongok blogger tu, baca DI SINI

Perkara yang lepas, biarkan ianya berlalu. Pakatan Haprak mungkin lupa, beberapa tahun yang lepas mereka mendesak Kerajaan ajar EO dimansuhkan. Dan Menteri KDN yang sebelumnya seperti dicucuk hidung....ikutkan saja apa yang diinginkan oleh pakatan haprak. Bila buat salah, hanya 'Amaran' saja diberi. Ingat, rakyat sekarang bijak dan mereka pandai menilai.

Sokong EO dihidupkan semula atau tak? Tepuk dada tanyalah hati....

PETALING JAYA: Pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ketersediaan yang mudah untuk mendapatkan senjata api kerana kedudukan Malaysia bersempadan dengan Thailand dipersalahkan berikutan beberapa kejadian tembakan di negara ini.

Pakar kriminologi Dr P. Sundramoorthy, yang juga merupakan seorang profesor di Universiti Sains Malaysia memberitahu The Star Online bahawa EO perlu dikekalkan "tetapi harus dipinda supaya ia tidak boleh disalahgunakan."

"Mereka tahu adalah amat sukar bagi polis untuk mengesan dan menangkap mereka. Ia juga mencabar bagi Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa mereka berdasarkan jenis bukti yang diperlukan untuk membawa mereka ke mahkamah," katanya.

Beliau berkata, antara tahun 2000 dan 2009, terdapat peningkatan sebanyak 13.4 peratus dalam jenayah keganasan, termasuk tembakan.

"Ini adalah pertumbuhan yang agak ketara."

Penasihat MyWatch, S. Gobikrishnan berkata beliau percaya trend tembakan yang berlaku baru-baru ini adalah disebabkan kemudahan mendapatkan senjata.

"Kononnya, terdapat satu sindiket yang menyewakan senjata selain menjualnya. Jadi dengan beberapa ratus ringgit, anda boleh menyewa pistol untuk beberapa jam. Peluru itu nampaknya hanya berharga 80 sen," dakwanya.

Walau bagaimanapun, Gobi percaya tidak ada kaitan antara pemansuhan EO dan peningkatan jenayah.

"Nampak seperti terdapat beberapa 'dalang' dalam pasukan polis yang bersekongkol dengan penjenayah," dakwanya.

"Selain itu, Jabatan Siasatan Jenayah mesti memberi tumpuan kepada siasatan jenayah dan tidak mengejar ahli politik. Apa yang penting polis yang mesti melakukan tugas kepolisan yang lebih baik," katanya.

Aktivis anti-jenayah dan Pengasas Marah (Rakyat Malaysia Menentang Rogol, Serangan dan Ragut) Dave Avran berkata peningkatan itu mungkin disebabkan oleh "sempadan poros" Malaysia dan Thailand.

"Polis mencuba yang terbaik, tetapi lebih banyak yang perlu dilakukan untuk menunjukkan yang mereka benar-benar membanteras jenayah. Mereka mesti tegas terhadap para penjenayah.

"Saya positif bahawa jenayah akan kekal pada paras tinggi sepanjang masa jika undang-undang pencegahan seperti EO kekal dimansuhkan.

"Pada masa ini, mereka tidak takut kepada pihak berkuasa. Kita perlu meletakkan ketakutan ini kembali kepada mereka," katanya.

Pada Isnin, pakar kewangan terkenal Hussain Ahmad Najadi yang juga Pengasas Arab Malaysian Group, telah ditembak mati di Kuala Lumpur.

Pada hari Sabtu, Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan ditembak oleh dua lelaki di atas motosikal dan beliau masih dalam keadaan kritikal.

Mohon pihak Kerajaan hidupkan semula EO ini atau undang-undang yang serupa dengannya kerana kita lihat sekarang senjata mudah nak dapat, rakyat makin gundah.


GR kata: Undang-undang dalam negara yang ketat adalah untuk rakyat hidup dalam aman dan damai.

2 comments:

nasirwise said...

SETIAP KETUA POLIS NEGARA MENGHADAPI CABARANNYA TERSENDIRI…

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sedang berhadapan dengan masalah kekerapan berlakunya insiden `tembak mati’ dalam sebulan dua ini. Terbaru, pengasas Arab Malaysian Bank, Hussein Ahmad, keturunan Iran, di tembak mati di Kuala Lumpur. Isteri beliau terselamat tetapi cedera parah.

Tanggongjawab besar KPN ialah menyelesaikan kes tembak mati tersebut dan melakukan usaha usaha pencegahan. Nampaknya pistol dan senjata api senang diperolehi dan `penembak’ bersedia melakukan pembunuhan mungkin kerana upahnya tinggi. Kebanyakan senjata api dan majoriti`penembak’ datang dari negara jiran.Mungkin juga kawalan keselamatan di Malaysia agak `rilek’ kerana selama ini negara ini aman.Penulis amat bimbang dengan keselamatan pimpinan negara dan berharap kawalan yang lebih ketat diberikan kepada mereka.

Pintu masuk ke Malaysia (darat, laut juga udara) perlu diperketatkan. Peralatan canggih atau mesin imbasan tinggi untuk mengesan senjata api perlu dipertingkatkan dan diperbanyakkan di pelbagai agensi seperti PDRM, KASTAM, IMIGRESEN, MARIN, DCA, MABH, PUSAT KURIER dan KARGO dan lain lain agensi penguatkuasaan.Banyakkan lapisan pemeriksaan untuk mengelakkan kesilapan dan penyelewengan (contoh selepas KASTAM membuat imbasan, jabtan lain membuat imbasan kedua di sudut lain). Undang undang senjata api perlu pengkuatkuasaan. Jika Akta tidak sesuai, gubal Akta baru yang lebih efektif.

Sementara itu di dalam siding media di Putrajaya Selasa lepas, PM telah melahirkan kebimbangan mengenai kejadian tembak menembak muthahir ini. Kerajaan bersedia memberikan kerjasama untuk mengubal atau memperbaiki akta untuk mencegah dan mengurangkan kejadian seumpama. Beliau harap ia boleh dibentangkan di Parlimen secepat mungkin .

Menteri Dalam Negeri, DS Dr Zahid Hamidi berkata salah satu sebab kadar jenayah berat meningkat ialah kerana pemansuhan Ordinan Dahrurat atau Emergency Ordinance. Penyelidikan mendapati jenayah dilakukan oleh bekas tahanan OE.

Persoalannya siapa yang memansuhkannya?Mengapa beliau memansuhkannya?Siapa atau kumpulan mana yang mendesak agar Akta Emergency Ordinance dimansuhkan?Sebab itu, sesuatu pengubalan dan pemansuhan Akta perlu dibuat dan penuh ketelitian dan kajian mendalam.

Jika PM yang bertanggongjawab memansuhkan Akta tersebut, beliau mungkin dinasihati oleh para Penasihat Keselamatan dan Penasihat Politik dan tentu sekali melibatkan PDRM dan Peguam Negara. Adakah para penasihatnya lebih berkuasa daripada PDRM dan Peguam Negara yang `overrule’ pendapat PDRM dan Peguam Negara?Penulis percaya PDRM dan Peguam Negara inginkan Akta tersebut malah diperkasakan lagi.

Ramai yang mengeloh termasuk Tun Dr Mahathir, kerana sesuatu Akta dimansuh kerana desakan pembangkang. Kerana ingin menjadi popular atau apa jua sebabnya, sesuatu Akta tadi dimansuhkan. Desakan yang selalu di mainkan ialah hak asasi manusia dan penyalahgunaan kuasa oleh PDRM.Malaysia cuba menjadi sebuah negara yang terbaik di dalam perihal hak asasi manusia. Akibatnya negara di dalam kebimbangan.

Tugasan KPN Tan Sri Khalid juga baru reda dengan ancaman perhimpuan haram anjuran Pakatan Pembangkang.Sekarang PDRM sibok menyediakan laporan siasatan untuk diserahkan ke Pejabat Peguam Negara.Ada juga kes yang sudah didakwa.

Sebelum Tan Sri Khalid, YBhg Tan Sri Omar Ismail berhadapan dengan ancaman pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu selama hampir 2 bulan. Pencerobohan sudah berakhir dan pendakwaan sedang berjalan.Pencerobohan pengganas Sulu ini melibatkan 10 kematian di pihak Malaysia dan hampir kesemua pengganas Sulu dan tali barut pengganas Sulu.Mantan KPN Tan Sri Ismail bergelombangan dengan kemarahan dan kesedihan rakyat serta bahaya ancaman pengganas.Tan Sri Ismail mendapat pengalaman mengendalikan sebuah peperangan.Beliau belajar berkerjasama dengan Tan Sri Zulkifli yang juga Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Semasa PRU13 yang lalu, siapa KPN yang bertanggongjawab?Pengalaman nya tentulah berbeza.

ST4Jasin said...

Salam Perjuangan,
Mohon jasa baik tuan blog ini dapat pautkan blog kecil kami di blog anda.

http://st4jasin.blogspot.com/

Terima kasih.

Artikel pelbagai