Tuesday, July 30, 2013

HOT: TESCO BAGI TAWARAN HARGA ARAK KAW-KAW DI BULAN PUASA? @IsmailSabri60 @PDRMsia


Tawaran berganda di bulan yang mulia, memang best kita sebagai pengguna dengar kan. Setiap perniagaan ada cara mereka untuk melariskan jualan mereka.

Tapi perlukah mempersendakan Islam dengan mengadakan tawaran Hari Raya disertakan dengan air arak. Korang tengok sendiri iklan di atas.

Umat Islam berpestakan arak di hari raya nanti ker? Mohon pihak berkuasa siasat perkara ini yang boleh menjatuhkan maruah dan akhlak umat Islam. Tesco pun kurang ajar, menggunakan artis terkenal jadi duta mereka untuk melariskan jualan mereka, tapi disebalik jualan tersebut ada menda yang tersirat boleh mengguris hati umat Islam.

Terima kasih pada penyanyi Hafiz Hamidun yang menaikkan gambar ini dan mohon pihak berkuasa siasat segera dan jika benar kenakan tindakan keras terhadap mereka yang cuba mempersendakan Islam.


GR kata: Hormatilah bulan Ramadhan, bulan yang mulia.

No comments:

Artikel pelbagai