Sunday, March 31, 2013

DOA JEMAAH TABLIGH JAUH BEZA DENGAN DOA OSTAD PAS! @NajibRazak


Semalam sejarah telah tercatat bila YAB PM kita telah bertandang ke tempat markas Tabligh di Masjid Jame' Bdr Baru Sri Petaling. PM tiba dan terus solat Isyak bersama jemaah selepas itu duduk mendengar bacaan kitab Hayatussahabah bersama ulama dan jemaah tabligh yang saban minggu berkumpul di sana. Kunjungan ini bukan kali pertama kerana beberapa tahun sudah ketika ijtimak jutaan manusia di Masjid Kuarters KLIA beliau juga turut hadir dan memberi ucapan.

Kehadiran PM bukti bahawa semua golongan termasuk jemaah dakwah tabligh tidak diketepikan. Berpakaian baju melayu kain pelikat kopiah putih satu lagi transformasi imej PM lakukan ketika bersama rakyat.

Umat Islam di negara ini hendaklah bersatu demi kepentingan agama Islam walaupun mereka berbeza pendapat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kepentingan umat Islam perlu dipertahan di negara ini.

"Walaupun kita ada perbezaan pendapat, tapi kita carilah cara untuk penyelesaian dan janganlah sampai kita merosakkan kepentingan Islam dan masa depan negara," katanya di depan 500 jemaah Masjid Jamek Seri Petaling sempena program ziarah masjid di sini Sabtu malam.

Selepas ucapan ringkas dari PM untuk semua jemaah yang hadir, bacaan doa oleh Maulana Abd Hamid Imam Besar Masjid Jame' Bdr Baru Sri Petaling memohon hidayah Allah SWT agar rakyat memberi mandat kepada PM Najib untuk terus mentadbir negara serta umat Islam bersatu dalam mempertahankan agama Islam yang suci.


Najib berkata kerajaan akan sentiasa membantu pergerakan dakwah di negara ini dengan apa sahaja cara yang boleh dilakukan bagi mempertingkat syiar Islam.

"Sebab itu, dalam apa jua keadaan, agama Islam mesti kita pertahankan, syariat Islam, kalimah Allah kita sucikan kerana inilah tanggungjawab kerajaan yang memperjuangkan syiar Islam," kata beliau yang turut meluangkan masa bersalaman dengan jemaah sebelum beredar.


GR kata: Doa PAS jerit-jerit tak sama yang diajar dalam Islam, kata seorang Ustaz semalam.

3 comments:

Anonymous said...

wahai pemimpin2 dan orang2 islam, jagalah jemaah keramat ini semoga hidayah akan terus kekal dan islam akan tersebar.

Anonymous said...

Sebaik2nya kalu pm sedia korban masa,diri dan harta utk keluar 3hari,20hari,40hari dan 4bulan... InshaAllah.

Gossip Rakyat said...

in sha Allah sama2 kita doakn diberikan hidayah.

Artikel pelbagai