Peranan Polis dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam sememangnya harus diberikan kepujian yang tinggi. Tugas mereka merangkumi pelbagai aspek dan yang paling penting keselamatan rakyat harus dibela.
Tapi masih ada sesetengah yang tidak bertanggungjawab menanamkan persepsi buruk peranan Polis di pemikiran mereka. Sehinggalah ada pihak yang melihat tugas Polis ini benci dan jijik di mata mereka. Ini kita lihat dalam demo haram Bersih 1.0 hinggalah Bersih 3.0. Penghinaan yang dilakukan terhadap pihak Polis tidak harus ada dalam diri rakyat Malaysia. Contohnya seperti gambar di atas.
Demo haram seperti ini bukannya memberi pandangan yang baik tetapi memberikan pandangan buruk negara di mata dunia. Jika negara menjadi huru hara disebabkan Pakatan Pembangkang menggunakan rakyat semata-mata untuk menggulingkan Kerajaan sedia ada, apa jadi dengan nama Malaysia?
Bagaimana dengan ekonomi dan pelaburan negara di mata dunia? Para peniaga semestinya memikirkan negatif dan keselamatan mereka adakah terjamin atau tidak? Sedangkan Malaysia adalah dikategorikan sebuah negara yang aman dan makmur dengan pelbagai kaumnya.
Hasrat ini bukannya saja diluahkan oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Malah para peniaga di Malaysia mahu pun dari luar negara mahukan jalinan perniagaan yang mereka bina sejak dulu lagi terus diperkukuhkan. Mereka juga melahirkan rasa terima kasih dan bangga dengan tugas pihak Polis yang berjaya mengawal setiap demo haram yang Pakatan Pembangkang anjurkan. Kita juga sebagai rakyat Malaysia haruslah berterima kasih kepada pihak Polis kerana tanpa pengorbanan mereka, huru hara yang berlaku tidak akan dapat dikawal dengan sempurna.
Pandangan seorang ahli perniagaan Melayu di Malaysia yang berterima kasih dengan tugas baik pihak Polis jalankan :
DATUK Ahmad Faris Abdul Halim, 49, seorang ahli perniagaan masih ingat lagi insiden 28 April tahun lepas apabila ibu negara dihenyak perhimpunan Bersih 3.0.
Semasa itu, Ketua Pegawai Eksekutif Masterplan Consulting Sdn, Bhd., firma pembekal peralatan pertahanan, keselamatan dan komunikasi itu menerima panggilan bertalu-talu daripada rakan kongsi niaganya dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Itali dan Perancis.
Mereka bertanyakan apa yang terjadi sebenarnya di Malaysia. Ahmad Faris dalam menjawab satu persatu panggilan tersebut, rumusan pengakhiran perbualan tetap sama - menjawab: ...tapi saya yakin situasi ini hanya seketika."
Ini kerana dalam hati beliau cukup yakin dengan kewibawaan pihak polis mengendalikan insiden di luar jangka itu. Dan apabila Himpunan Shamsidar berulang 12 Januari baru-baru ini, sekali lagi beliau mendapat panggilan daripada rakan-rakan kongsi multinasional yang sama.
Artikel penuh seterusnya baca http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130123/re_05/Orang-bisnes-tabik-polis
GR kata: Polis dan ATM sentiasa berkhidmat untuk rakyat dan negara....
No comments:
Post a Comment