Sunday, January 20, 2013

RAMAILAH LELAKI FRUST MENONGGENG TAK DAPAT ROZITA CHE WAN


Kekasih kepada Rozita Che Wan, Zain Saidin menegeaskan yang mereka berdua bakal mendirikan rumahtangga atau bernikah/berkahwin pada tahun ini.

Memang kenyataan berani mati sunggu Zain memandangkan begitu sayangnya dia dengan pelakon jelitawan itu. Dan ini sebagai jawapan kepada siri penayangan gambar dan pengakuannya terhadap Rozita di laman sosial miliknya

"Kalau ada rezeki dan ada jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini,

"Che Ta (Rozita) tidak ada letak sebarang dateline kepada saya. Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya, saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin. Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun ini. Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini," ujar Zain.


Nampaknya jejaka-jejaka Malaya terlepaslah peluang untuk menambat hati pelakon dan pengacara yang cun meletop ni. Tahniah GR ucapkan pada mereka berdua dan doakan semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan kekal selamanya.


GR kata: Jodoh tidak mengenal erti usia....

No comments:

Artikel pelbagai