Friday, January 25, 2013

HOT: HANS ISAAC NAK KAHWIN DENGAN NEELOFA TAHUN DEPAN?



Aktor dan produser Hans Isaac berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya pada pertengahan 2014.

Hans atau nama sebenar Gerald Hans Isaac, 42, berkata, dia kini sudah bersedia untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kehidupan peribadi selepas kematian ibunya Carmina Anciano Isaac, 74, pada 13 Ogos 2012.

Kata Hans, dia dah dua, tiga tahun lepas memberikan tumpuan penuh kepada ibu yang sakit dan meletakkan soal hubungan ke tepi buat seketika.

Namun kini apabila ibu sudah tiada, sekarang tibalah masa untuk dirinya sendiri. Menurut Hans dia meletakkan sasaran paling awal dalam pertengahan 2014.

Hans berkata, soal berumah tangga bukan perkara remeh yang boleh diambil mudah dan ia memerlukan persiapan dan keputusan yang tepat.

Bagus la kalau macam tu, tapi peminat semua nak tahu siapakah calon isteri Hans Isaac tu? Kita tengok jer tahun depan nanti. Adakah gadis bertuah itu bernama Neelofa? Kita tungguuuuuu....


GR kata: Minggu lepas ada kawan nampak mereka berdua baru turun flight Firefly. Pergi mana tu?? Hi hi hi....

No comments:

Artikel pelbagai