Tahun lepas Bantuan Awal Persekolahan ini diberikan pada semua pelajar sekolah, pembangkang kata ini hanyalah pancing undi tapi tiada pilihanraya diadakan. Tahun ini sekali lagi bantuan ini diteruskan lagi bagi meringankan beban ibu bapa dan pelajar untuk memulakan sesi persekolahan mereka.
Syukurlah hendaknya dengan bantuan yang diberikan dan ini menunjukkan Kerajaan yang sedia ada membuktikan kepimpinannya membela nasib rakyat. Pelajar-pelajar sekolah sekarang pun diberikan bantuan yang PERCUMA seperti yuran persekolahan ditanggung oleh Kerajaan. Bantuan buku teks, bantuan minuman susu dan pelbagai lagi.
Minggu lepas, UMNO Bhgn Seputeh dan UMNO Bhgn Bdr Tun Razak telah menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013 kepada pelajar-pelajar sekolah di kawasan parlimen mereka. Pelajar sungguh gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan kerana bantuan ini diteruskan untuk kali yang kedua. Para ibu bapa juga mengharapkan bantuan ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.
Pakatan pembangkang hanya pandai berjanji memberikan pelajaran percuma pada pelajar sekolah hanyalah mainan dibibir mereka saja. Propaganda mereka hanya untuk menghasut pemikiran rakyat supaya membenci Kerajaan sekarang. Sedangkan Sekolah PASTI pun mereka tidak boleh berikan percuma inikan pula pendidikan percuma untuk semua.
GR kata: Yuran sekolah sekarang Kerajaan tanggung itu bukan percuma ka??
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment