Monday, December 10, 2012

GUAN ENG JELES DENGAN PM @NajibRazak, RAKYAT PENANG BERI SAMBUTAN KAW-KAW!!


Semalam YAB Perdana Menteri DS Najib Razak telah membuat lawatan kerja sehari di P.Pinang. YAB Perdana Menteri juga telah meluangkan masa bersama rakyat P.Pinang dalam program Jelajah Ditepati.

Sambutan yang sungguh menakjubkan diberikan oleh rakyat P.Pinang kepada Perdana Menteri yang kita sayangi. Perdana Menteri juga turun padang melihat sendiri keadaan rakyat di P.Pinang seperti di Pasar Bayan Baru. DS Najib Razak meluangkan masa bersarapan bersama peniaga, penjaja dan rakyat di Pasar Bayan Baru.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat P.Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat semula untuk memerintah negeri ini.



Katanya, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit akan dibina oleh agensi-agensi kerajaan termasuk JKP Sdn. Bhd., Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).

Inilah yang membuatkan DAP meroyan tak tentu pasal. Mereka tahu setiap apa yang dijanjikan oleh Kerajaan BN pasti akan TUNAIKAN. Dalam pada itu juga sikap tidak profesional ditunjukkan oleh Ketua Menteri P.Pinang siapa lagi si komunis Lim Guan Eng. Pembaca lihat di bawah apa yang dia meroyan yer....


Perkara yang sebenar, Lim Guang Eng tidak mendapat sebarang jemputan untuk Program Jelajah Janji Ditepati bersama Perdana Menteri DS Najib Razak. Pandangan GR, kalau beliau dijemput sekali pun....nak ker beliau turun duduk sekali bersama PM. Sudah tentu malu muka beb, ye tak sebab tiada sebarang pembangunan yang dibuat oleh DAP untuk rakyat P.Pinang. Malah rakyat ditindas lagi ader lah....

Pada puak-puak Pakatan Haprak, kalau tak boleh buat sesuatu yang terbaik untuk rakyat tak perlu nak terpekik terlolong sana sini. Buih muluh tabur janji, tebar fitnah sana sini pun tak guna. Rakyat sekarang bukan mahu mendengar tapi mereka mahu melihat depan biji mata mereka sendiri. Ada faham ka??


GR kata: Pakatan Haprak apa pun tak boleh!!

1 comment:

Anonymous said...

GR r u a muslim guy? Umat ISLAM(LOVE) N KEBENARAN ITU DARI ALLAH.ISLAM KEJI PUN JANGAN PUGI PUN JANGAN

Artikel pelbagai